Q&A Ringkas UIS: Ziarah Kubur Pada Pagi 1 Syawal

OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman

Boleh ke ziarah kubur pada satu Syawal?

Ia adalah sesuatu yang menyalahi Syarak.

Kerana hal tersebut dianggap mengadakan ibadah baru dalam Agama (ziarah kubur adalah ibadah yang dianjurkan tanpa mengira waktu) apabila satu ibadah yang tidak ditetapkan waktunya oleh Syarak dikhususkan waktunya dengan dilakukan pada Hari Raya.

Tambah lagi ia menyalahi objektif Hari Raya itu sendiri yang bertujuan untuk menimbulkan suasana gembira dalam kalangan Umat Islam.

Adapun ziarah kubur, ia akan menimbulkan suasana sedih dan hiba.

Kerana itu ziarah kubur di pagi Hari Raya tidak kena pada tempatnya dan ia menyalahi Sunnah Nabi.

Barakallahu fikum


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments