Akikah Dengan Haiwan Yang Dikacuk

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi




Keharusan akikah dengan jenis unta, lembu, biri, dan kambing jelas di sisi mazhab. Yang dimusykilkan, akikah dengan haiwan hasil kacukan salah satu atau kedua-dua jenis tersebut.

Al-Zarkashī (794 H) dalam al-Manthūr fī al-Qawā‘id telah menjawab kemusykilan ini dengan mengatakan haiwan hasil kacukan salah satu jenis haiwan akikah tidak sah digunakan dan hal ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana ulama lain.

Jika sesama haiwan akikah, beliau nampaknya lebih condong mengatakan boleh dan cukup umurnya dikira berdasarkan umur jenis ibu. Sebagai contohnya, anak hasil kacukan unta betina dengan lembu jantan. Cukup umurnya berdasarkan cukup umur jenis ibunya iaitu unta.

Berbeza dengan al-Sharbīnī, beliau berpendapat hukum bersabit dengan haiwan kacukan adalah berdasarkan hukum yang paling kurang antara ibu dan ayahnya. Nas beliau – dalam bab korban dalam al-Iqnā’ :

"Semestinya haiwan kacukan antara unta dan kambing atau lembu dan kambing tidak boleh digunakan (sebagai korban) untuk lebih daripada seorang."


___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments