OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman
MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI
Video seperti ini jelas mahu memburuk-burukkan kerajaan Arab Saudi, menimbulkan kebencian Umat Islam terhadap mereka, dengan menampakkan seolah-olah salah seorang pegawai kerajaan mereka dihalau oleh penduduk Islam Palestin.
Akhirnya ramai yang mungkin percaya dan terpedaya.
Betapa mudahnya masyarakat Islam diperalatkan.
Akhirnya dengan tangan-tangan orang Islam sendiri musuh-musuh Islam menjatuhkan negara-negara Islam dan memporak-perandakan kita.
Di negara kita pun tidak banyak bezanya. Cara yang sama digunakan.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.
OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya
ARAB SAUDI DAN ISRAEL
Lelaki tersebut adalah seorang individu yang tidak dikenali identiti sebenarnya. Bahkan tidak diketahui akan kewarganegaraan sebenar beliau. Video yang disahkan tulen oleh polis pun kita masih gagal kenalpasti identiti sebenar dalam video, inikan pula dakwaan lekeh sebegini. Adakah jika ada mana-mana lelaki berwajah jawa ke Israel memakai baju melayu, lalu kita akan percaya dia adalah delegasi Malaysia?
Jelas kita boleh baca usaha-usaha terancang untuk memburukkan Arab Saudi dengan menularkan berita palsu berkaitan hubungan Arab Saudi dengan Israel. Hal ini bukan baharu. Israel sentiasa terhegeh-hegeh berusaha untuk menampakkan hubungan baik mereka dengan Arab Saudi. Fitnah dan penipuan adalah prinsip hidup Zionis. Kepercayaan kita terhadap fitnah mereka adalah suatu kebodohan yang kita sendiri pilih untuk miliki.
Hingga ada yang percaya dengan dakwaan palsu ini hanya berdasarkan video dua bendera yang dihiasi dengan latar lagu.
Jangan biarkan diri kita diperbodohkan semudah itu. Tingkatkan kepintaran kita setaraf dengan telefon pintar yang kita gunakan saban hari.
*Ustaz Ahmad Fazrin salah seorang daripada ahli Kedutaan Arab Saudi di Malaysia telah mengesahkan bahawa video tersebut tidak ada kaitan dengan Arab Saudi.
___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
~Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment