DAP Sama Tak Dengan MCA-MIC?

OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya


DAP SAMA TAK DENGAN MCA/MIC?

Bila diserang DAP (serangan ke atas DAP ini sejak sebelum PRU 14 lagi, tapi sebab ada yang kuat pertahan termasuk golongan agamawan maka ia antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan pakatan DAP ini) ada golongan agamawan cuba pusing dengan membandingkan MCA dan MIC. Kononnya bandingan mereka untuk menyamatarafkan MCA/MIC dengan DAP dari sudut pendirian mereka terhadap Islam.

Nampak macam bijak cara nak spin, tapi hakikatnya sesat. Mana mungkin nak sama tarafkan benda yang pada hakikatnya sama. DAP-MCA-MIC semua parti yang didominasi oleh bukan Muslim yang fitrahnya anti Islam (tapi ada agamawan kata dalam DAP ada Muslim mentauhidkan Allah 🤔.. dah macam tak ada parti lain nak jadikan platform untuk berjuang mentauhidkan Allah gamaknya).

Kumpulan yang menentang DAP ini sejak sebelum PRU14 menentang DAP kerana sedar DAP mampu memperalatkan Melayu Muslim yang berpakat dengan mereka. Mesej yang kita nak sampaikan adalah kepada Melayu Muslim yang masih tegar mensucikan DAP dan menaruh harapan besar untuk DAP ‘memulihkan’ negara yang kononnya rosak dan hampir muflis.

Apa beza dengan MCA/MIC? Bezanya kedua-dua parti ini berdasarkan sejarah mereka hingga kini masih belum mampu menunjukkan dominasi ke atas rakan-rakan pakatan parti Melayu/Bumiputra yang bersama mereka. Walaupun kita tahu perselisihan dalaman sering berlaku dan itulah yang kita kata fitrah parti-parti berlatarbelakangkan bukan Muslim dan bukan Bumiputra ini akan sentiasa menzahirkan ketidaksetujuan mereka dengan agenda-agenda memperkasakan Islam dan Bumiputra. Yang tinggal membezakan antara parti-parti ini ialah kemampuan mereka untuk mendominasi dan memberi lebih pengaruh sesama rakan pakatan mereka.

Maka inilah beza DAP dengan MCA/MIC/GERAKAN dan lain-lain parti bukan Muslim/Bumiputra. Ini lah asas yang perlu difahami oleh para penganalisis politik serta agamawan yang masih mensucikan DAP hingga sekarang.

Dah habis modal nak pertahan DAP, janganlah jadikan modal murahan untuk hentam PAS bila berpakat dengan UMNO untuk bersama MCA dan MIC. Jika bersama UMNO sahaja pun MCA dan MIC tak mampu untuk mempengaruhi pakatan BN (walaupun kita tak nafikan UMNO telah banyak memberi muka kepada tekanan MCA/MIC termasuk dalam isu-isu berkaitan Islam dan hak Bumiputra), kini kebersamaan PAS dalam kerjasama politik ini diharap dapat memberi lebih nilai dominasi Islam dan Bumiputra.

PAS diharap telah belajar banyak dari kesilapan mereka meletakkan harapan tinggi kepada DAP sewaktu di dalam PR. Kini bersama PH meneraju kerajaan, DAP nyata lebih berpengaruh dalam menjuarai isu-isu sensitif berkaitan hak Islam dan Bumiputra.

Alhamdulillah telah ramai penganalisis politik dan agamawan yang sedar akan kesilapan mereka mendokong pakatan DAP ini. Walaupun kesedaran ini agak terlewat bagi saya, tapi lebih baik sedar daripada terus bongkak dengan kesesatan. Saya harap akan lebih ramai yang sedar dan bertaubat dari dosa menghancurkan dominasi politik Muslim dan Bumiputra di bumi Malaysiaku ini.


___________________________
~Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments