Perihal Solat Di Kubur

OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman


Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada.

Nabi bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد
“ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?

Ia merangkumi TIGA MAKSUD, iaitu:

1. SOLAT DI ATAS KUBUR; iaitu dengan sujud di atas kubur;

2. SUJUD KE ARAH KUBUR; iaitu dengan menghadap kubur ketika solat atau doa;

3. MENDIRIKAN MASJID DI ATAS KUBUR; iaitu dengan solat di dalam masjid yang terdapat kubur di dalamnya.

Sama ada kubur itu ditanam di dalam masjid atau masjid itu didirikan di atas kubur, kedua-dua keadaan ini DITEGAH dan ia termasuk dalam erti ancaman hadis di atas.

Justeru, perlu BERHATI-HATI dengan ancaman SOLAT DI KUBUR kerana ia mengundang LAKNAT ALLAH, malah ia membawa kepada SYIRIK!

Syariat Islam sangat mengingatkan tentang BAHAYA SYIRIK. Dan SYIRIK BANYAK BERLAKU DI KUBUR.

Mengapakah di KUBUR?

Kerana kejahilan ramai manusia tentang hakikat ERTI TAUHID MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam IBADAH dan DOA.

Lalu mereka BERDOA KEPADA KUBUR, berdoa kepada orang mati, meminta daripada penghuni kubur, menyeru dan bermunajat kepadanya sedangkan hal ini SYIRIK yang jelas.

Sesungguhnya SYIRIK adalah sebesar-besar KEZALIMAN dan DOSA. (Surah Luqman, 13)

Keluarkan mana-mana KUBUR yang ada dalam MASJID. Jangan sekali-kali solat di dalam MASJID yang ada KUBUR.

MASJID DAN KUBUR TIDAK BOLEH DISATUKAN.

Malah kedua-duanya perlu dipisahkan dan dijauhkan antara satu sama lain.

Masjid adalah untuk TAUHID mengesakan Allah. (Surah Al-Jin, 18)

Manakala SOLAT DI KUBUR DILAKNAT dan membawa kepada SYIRIK.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments