'Khatamu Nubuwwah' Takal Sahih Dari Imam Tirmizi?

OLEH: Abu Abdillah MRK




'Khatamu Nubuwwah'. Rajah ini dicatat sebagai bersumber dari Imam Tirmidzi.

Dalam kelas Pengenalan Usul Fih, Ust. Riduan Rajendra menjelaskan bahawa dakwaan catatan itu palsu. Ia tidak pernah berada dalam Sunan Tirmidzi.

Ia disandarkan kepada Nabi melalui riwayat Tirmidzi secara palsu.

Rajah ini sering dijadikan tangkal dan pelaris, dilekat di dindingdinging restoran dan premis perniagaan.

Perbuatan dan iktiqod bahawa memandang rajah ini memberikan fadilat sekian dan kelebihan sekian boleh membawa kepada keayirikan.

Kata Nabi dalam riwayat Ahmad, "Barangsiapa yang menggantung tangkal, maka dia telah berbuat syirik."

Dosa syirik adalah dosa besar yang paling besar. Sebagaimana firman Allah maksudnya, "Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang paling besar." ~ Surah Luqman, ayat 12.

Seorang Muslim yang menjual arak itu dosanya besar. Namun seorang peniaga yang menggantungkan tangkal di kedainya, dosanya jauh lebih besar dari itu.

___________________________
~Abu Abdillah MRK~
Ihsan Waris
_____________________________

Comments