OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Al-Nasa'ih al-Kafiyah oleh Syed Muhammad b. 'Aqil al-'Alawi (1350 H)
Beliau dikenali sebagai seorang yang bermazhab Shafi'i. Sebenarnya, beliau telah meninggalkan mazhab Shafi'i dan menganut mazhab Zaydiyyah. Beliau pernah mengusulkan kepada Shaykh al-Azhar ketika itu untuk memasukkan pengajian mazhab ini ke dalam silibus al-Azhar tetapi malangnya ditolak.
Beliau seorang syed dari Singapura yang pada awalnya terlibat secara langsung dengan penerbitan majalah Kaum Muda, al-Imam. Dikenali sebagai seorang yang bermazhab Shafi'i namun sebenarnya, beliau telah meninggalkan mazhab Shafi'i dan menganut mazhab Zaydiyyah. Beliau pernah mengusulkan kepada Shaykh al-Azhar ketika itu untuk memasukkan pengajian mazhab ini ke dalam silibus al-Azhar tetapi malangnya ditolak.
Syed Ibnu 'Aqil pernah mengirim risalah ini kepada Syeikh Jamal al-Din al-Qasimi untuk menilai kandungan risalah tersebut. Reaksi negatif yang diberikan oleh Syeikh Jamal al-Din dimuatkan dalam risalah sanggahan yang diberi judul Naqd al-Nasa'il al-Kafiyah. Walau bagaimanapun, nada Syeikh Jamal al-Din begitu lembut sehingga pembaca mungkin menyangka masalah melaknat Mu'awiyah bukan masalah yang teramat besar.
Kitab Syed Ibnu 'Aqil ini juga telah dibantah oleh Syed Hasan b. 'Alawi, juga seorang ulama yang menetap di Singapura, berasal dari Tarim, Yaman dengan kitab berjudul al-Ruqyah al-Shafiah min Nafathat Sumum al-Nasa'ih al-Kafiyah. Kitab ini dibantah pula oleh guru Syed Ibnu 'Aqil, Syed Abu Bakr b. Shihab dengan Wujub al-Himyah 'an Madar al-Ruqyah.
Kehadiran kitab al-Nasa'ih al-Kafiyah dalam sejarah Islam khususnya di Nusantara perlu dikaji dan diperhalusi kerana mungkin terdapat kaitan dengan perkembangan pesat fahaman Shi'ah mutakhir ini.
___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________

Comments
Post a Comment