Benarkah Sahih Bukhari Dan Sahih Muslim Ada Hadis Dhaif?

OLEH: Zulfikar Egar

Benarkah di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim ada terdapatnya hadis daif?

Ini persoalan yang ditimbulkan pada zaman sekarang ini oleh golongan yang hendak merosakkan Islam.

Berikut adalah penerangan daripada Ustaz Muhammad Asrie Sobri.

Pertama secara asasnya telah berlaku ijmak konsensus (kesepakatan) ulama' bahawa hadis dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim adalah SAHIH.

Terdapat sejumlah hadis yang menjadi kritikan dalam kalangan ulama' hadis seperti al-Imam Daraqutni dan lain-lain.

Dan perkara ini telah pun dibincangkan, dibahaskan dan ia melibatkan ilmu 'ilal, ilmu hadis yang sangat mendalam.

Ia bukan seperti hadis ini sahih, hadis ini daif. Kerana 'ilal adalah masalah yang lebih rumit daripada itu.

Ia melibatkan kesalahan hadis yang sahih dan membezakan di antara hadis yang sahih dan hadis yang lebih sahih.

Inilah yang menjadi perbincangan ulama' hadis dan perkara ini bukanlah untuk orang awam membincangkannya atau diketengahkan kepada orang awam untuk menimbulkan ragu-ragu terhadap as-Sahihain.

Dan seterusnya membawa kepada keraguan terhadap agama Islam itu sendiri. Jumlah hadis yang dikritik oleh ulama' hadis dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sudah pun tertentu hadisnya.

Maka sekadar itu sahajalah yang dkritik oleh ulama'.

Ada pun hadis yang tidak pernah dikritik oleh ulama' hadis sebelum ini di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Maka ia kekal sahih dengan ijmak.

Tidak boleh ada sesiapa di zaman ini yang memecahkan ijmak dengan mengatakan ada lagi hadis yang tertinggal dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang sepatutnya dikritik tetapi tidak dikritik. Ini adalah salah!

Bahkan apa yang perlu dikritik, sudah pun dikritik, serta sudah pun dijelaskan, dijawab dan telah dimuktamadkan hukumnya oleh ulama'.

Apa yang telah dibiarkan dan tidak dikritik telah berlaku padanya ijmak, ianya sahih.

Maka apa yang tinggal pada kita, adalah belajar Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan beramal dengannya.

Wallahualam.



**Nota:
i) 'Ilal
’Ilal adalah jamak dari ’ilah yang berarti “penyakit”. ’Illah menurut istilah ahli hadits adalah suatu sebab yang tersembunyi yang dapat mengurangi status keshahihan hadis, padahal zahirnya tidak nampak kecacatan.

ii) Ijmak
Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W.


*Rujukan:
- Q & A Yayasan Ta'lim - Soalan : Adakah benar terdapat hadis lemah dan palsu di dalam Sahih Bukhari & Sahih Muslim (Ustaz Muhammad Asrie Sobri)


___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments