Berani Lawan Hantu?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

(KEPERCAYAAN KHURAFAT ORANG MELAYU DAHULU 2)



Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan.

Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana.

Firman ALLAH:

فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا
"Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana SESUNGGUHNYA TIPU DAYA SYAITAN itu LEMAH.
Al-Quran, An-Nisa', ayat 76

Selaku Tuhan Penguasa sekalian alam, segala makhluk termasuk jin syaitan tertakluk dan tunduk di bawah kuasa dan takdir ALLAH.

Tiada apa yang terlepas daripada kuasa dan izin ALLAH.

Inilah hakikat IMAN dan TAUHID yang wajib diimani oleh setiap MUSLIM.

Perkara ini perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat bermula semenjak kecil.

Masyarakat yang kurang pendedahan AKIDAH TAUHID sekian lama telah dimomokkan dengan cerita-cerita HANTU.

Lumrah sehingga sekarang ANAK-ANAK KECIL DITAKUT-TAKUTKAN dengan HANTU.

"Jangan keluar, nanti HANTU culik!"

"Jangan buat, nanti HANTU marah!"

Dan seumpamanya.

Macam-macam nama hantu dicipta.

Hantu Puchong, Puntianak, Toyol, Langsuir, Polong, Pelesit, Hantu Laut, Hantu Raya, Bota, Bajang, Bunian, Hantu Jepun, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Pari-Pari, Hantu Galah, Hantu Keramat, Puaka, Hantu Bidai, Hantu Kopek, Jembalang, Bajang, Jerangkung, Jin Tanah, Hantu Kum Kum, Orang Minyak, Puaka, Hantu Tenggelong, Harimau Jadian...

Banyak sungguh nama HANTU.

Ini menunjukkan betapa sebatinya kepercayaan HANTU dalam kalangan masyarakat.

Walhal, realitinya ia berkenan jin dan syaitan.

Dan syariat Islam memang menyuruh supaya kita berlindung daripada gangguan syaitan dengan doa dan bacaan ayat-ayat suci AL-QURAN.

MUSLIM disuruh supaya sentiasa ingat Allah dan takut azab seksa ALLAH.

BUKAN TAKUT SYAITAN dan meminta perlindungan daripada SYAITAN dengan jampi serapah, tangkal, ilmu dukun, bomoh dan seumpamanya!!

Ini SYIRIK dan KUFUR.

Anak-anak wajar dididik TAKUT ALLAH, TAKUT DOSA SYIRIK dan TAKUT API NERAKA.

Ini yang sepatutnya.

Mahu bawa anak-anak ke rumah hantu?
___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments