Jadilah Aqidah Salaf Serta Manhaj Salaf

OLEH: Taufiq Tuah


Rentetan pos semalam, alhamdulillah ada yang PM untuk saya perjelaskan ada perbezaan antara Salafi dengan 'pro sunat'. Terima kasih kepada yang PM saya dan menasihati.

Pertamanya saya nak mengajak untuk sesiapa sahaja yang telah menerima aqidah Salaf, akan turut berpegang kepada manhaj Salaf. 

Seperti mana mereka yang kata "fiqh ikut Syafie takkan aqidah tak ikut Imam Syafie". Begitulah juga manhaj. Sudah beraqidah Salaf, takkan tak ikut manhaj salaf?

Ramai yang beraqidah salafi pada hari ini tak menyedari bahawa mereka tidak ikut pun manhaj salaf. Mereka terikut-ikut dengan Ikhwanul Muslimin yang suka mencampur adukkan manhaj-manhaj yang wujud.

Antara ciri-ciri awal seseorang itu tidak bermanhaj salafi ialah apabila dia membeza-bezakan 'jenis-jenis' salafi. Kononnya ada Salafi Ikhwani, Salafi Jihadi, Salafi Taat Pemerintah, Salafi Madkhali dll. Mereka memberi banyak pecahan kepada manhaj ini. Walhal, salafi itu hanya satu dan tidak ada pecahan².

Ramai sahabat yang memanggil orang yang beraqidah Salafi tetapi tidak bermanhaj Salafi ini sebagai 'Pro-Sunat'. Namun, saya tak suka guna nama itu kerana mereka juga tak redha dengan nama itu.
Nama yang mereka suka digelar ialah seperti 'tajdid', 'modernis', 'ikhwani' dan 'kaum muda'. Adapun nama yang bagi saya sesuai kepada mereka ialah 'ikhwani' dan 'sururiy' (Ikhwani berbaju Salafi). 
Saya rasa tak salah untuk saya ada nama untuk mereka kerana mereka juga menggelar saya Salafi Madkhali yang mana saya tak redha digelar begitu kerana Salafi ini tidak ada pecahannya.

Di Malaysia, antara hal yang paling menjadi hangat antara Sururiy dengan Salafi ialah bab mentaati pemerintah. Sururiy menuduh Salafi sebagai penjilat pemerintah sedangkan Salafi hanya mentaati pemerintah dalam hal yang makruf sahaja.

Selain itu, Salafi juga akan lebih menapis dengan siapa untuk membuka ruang ceramah dan bermajlis. Salafi tidak akan semajlis agama dengan orang² yang berlainan manhaj sementara Sururiy pula sebaliknya dengan alasan keterbukaan.

Juga bab² fiqh yang 'minor' tetapi dibesar-besarkan juga sering berlaku perdebatan dikalangan penuntut ilmu.

Saranan saya, yang sudah beraqidah salaf perlulah juga bermanhaj salaf. Takpe, belajar slow². Bagi yang masih menolak manhaj ini, semoga Allah berikan hidayah. 



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments