Sebaik-baik Jin, Sejahat-jahat Manusia?

 OLEH: Taufiq Tuah



Pernah dengarkan orang-orang kita sebarkan kata-kata "sebaik-baik jin, sejahat-jahat manusia". Benarkah dakwaan ini?

Sebenarnya tidak ditemukan mana-mana hadith sahih berkenaan hal ini. Juga perlu difahamkan bahawa Jin merupakan makhluk Allah juga.

وَأَنَّا مِنَّا ٱلصَّٰلِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَۖ كُنَّا طَرَآئِقَ قِدَدٗا

Dan sesungguhnya ada di kalangan kami (jin) golongan yang soleh dan ada pula yang sebaliknya. Kami menempuh jalan-jalan yang berbeza.

[Surah al-Jin : 11]

Ada jin yang baik, dan ada jin yang jahat. Ada jin yang Islam dan ada jin yang kafir. Jin yang jahat ini lah yang kemudiannya digelar 'syaitan'. 

Jika diteliti di dalam Al-Quran, Allah menjelakan bahawa Syaitan ialah musuh yang nyata dan bukannya jin.

Contoh dalil Surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud,

"..... dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu."

Maka jelaslah bahawa jika jin itu soleh, maka solehnya juga seperti manusia iaitu naik dan turun. Tetap bukan seperti malaikat yang kekal taat.

Penulisan ini bukanlah sebab saya nak 'backup' jin ke atau bukan juga sebab nak suruh pembaca berbaik dan meminta bantuan dengan jin soleh (kerana walaupun meminta dengan bantuan jin soleh tetap termasuk dalam perbuatan syirik).

Tetapi supaya kita memahami serba sedikit hikmah disebalik ciptaan-ciptaan Allah ini.

Wallahualam


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments