Kisah Doa Sa''ad Bin Abi Waqqas

OLEH: Saufy Jauhary

Kisahnya bermula di zaman khalifah Umar bin Khattab . Saidina Umar telah mendengar seseorang mengadu tentang Saad bin Abi Waqqas bahawa solatnya tidak bagus. sedangkan Sa'ad pada waktu itu ialah seorang gabenor di Kufah.

Lalu Umar jumpa dgn Sa'ad. Umar bertanya tentang apa yang dilaporkan kepadanya tentang solat Sa'ad.

Sa'ad menjawab "Sungguh aku solat seperti yang dikerjakan Rasulullah salallahualaihi wassalam. Tidak kurang dan tidak lebih. Aku melakukan solat Isyak dua rakaat pertama lebih lama daripada dua rakaat kedua,"

Umar tidak terus mmpercayai Sa'ad setelah mendengar kata-katanya tetapi Umar telah memasang penyiasat/spy untuk selidik tentang Saad.

Hasilnya, ramai masyarakat yang memuji Sa'ad. TETAPI ada seorang sahaja yang sngt benci dan mmburuk-burukkannya

"Saad tidak pernah pergi medan perang. Dia tidak pernah membahagikan harta rampasan dengan sama rata dan tidak pernah memutuskan perkara dengan adil!"

Perkara ini sampai ke pengetahuan S'aad bin Abi Waqqas. Lalu Sa'ad segera berdoa

" Ya Allah kalau orang ini berdusta , aku meminta kepadaMu tiga perkara. Panjangkanlah umurnya, panjangkanlah melaratnya dan masukkan dia ke dalam fitnah."

Maha suci Allah, doanya termakbul.

Umur lelaki itu dipanjangkan usianya oleh Allah dalam keadaan melarat, alisnya pula panjang sampai menutupi matanya. Kalau melihat anak-anak gadis lalu di hadapannya, dia selalu mengerdipkan matanya. Kalau ditanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, "Aku seorang lelaki tua, ditimpa cubaan dan akibat doa Sa'ad."

Kisah ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim



___________________________
~Saufy Jauhary~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments