Agama Islam Itu Mudah, Tidak Menyusahkan

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


Dukacitanya terdapat segelintir dalam masyarakat ISLAM yang lebih cenderung kepada MENGADA-ADAKAN AMALAN-AMALAN BAHARU yang disandarkan kepada AGAMA TANPA sebarang petunjuk yang sahih dalam AS-SUNAH ataupun AMALAN PARA SAHABAT.

Sedangkan jika dicermati, saranan mereka jelas hanya MENYUSAHKAN masyarakat ISLAM, walhal Agama Islam TIDAK memerintahkan sedemikian.

Bahkan Syariat Islam bersifat MEMUDAHKAN sebagaimana dalam nas-nas berikut:

Firman Allah:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah INGINKAN yang MUDAH bagi kamu, dan Dia TIDAK MAHU untuk kamu yang SUSAH”.
[Surah Al-Baqarah; ayat 185]

FirmanNya:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan Dia TIDAK menjadikan kamu menanggung dalam Agama sesuatu yang SUSAH”.
[Surah Al-Hajj; ayat 78]

Bahkan Nabi telah mengingatkan umatnya supaya sentiasa mengambil pendekatan MEMUDAHKAN segala urusan tidak kira dalam apa jua perkara.

Sabda Nabi:

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا
“MUDAHKAN dan JANGAN MENYUSAHKAN”.
[Riwayat Muslim]

Baginda turut MEMBERI AMARAN ke atas golongan yang bersikap BERLEBIH-LEBIHAN yang mahu MENYUSAH-NYUSAHKAN apa yang mudah supaya menjadi SULIT dan RUMIT, kelak akhirnya mereka akan GAGAL dan TEWAS, tidak dapat bertahan lama dengan amalan mereka yang BERLEBIH-LEBIHAN itu.

إنَّ الدِّينُ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادُّ الدِّينِ أحَدٌ إلَّا غَلَبَهُ.
“Sesungguhnya Agama itu MUDAH, dan tiada sesiapa yang MENYUSAHKAN urusan Agama ini melainkan dia akan TERTEWAS.”
[Riwayat Bukhari]



Catatan: Urusan potong dan makan TEMBIKAI mudah, tetapi terdapat pihak yang mahu menyusahkannya.




___________________________
 Ustaz Idris Sulaiman
_____________________________

Comments