OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Namun begitu, tidak perlulah melabelkan dengan nama-nama tertentu ijtihad pihak yang lain. Ini kerana kita semua merupakan muslim bersaudara.
Janganlah kerana ijtihad politik yang berbeza mengakibatkan kita melabel seseorang dengan label yang tidak kita sukai.
Elakkanlah melabel dengan nama Hizbiyyah, Khawarij, Murjiah dan sebagainya hanya kerana ijtihad politik yang berbeza.
Ini kerana kita meyakini setiap asatizah yang memberikan ijtihad tersebut inginkan kebaikan dan manfaat untuk ummah.
Ia berbeza jikalau label itu atas dasar akidah. Para ulama memberikan nama-nama kepada kumpulan tertentu bukan kerana ijtihad politik tetapi kerana usul akidah yang jelas dilanggar.
Wallahualam
___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment