OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Wudhu' yang sempurna, ikhlas dan benar-benar menepati sunnah Rasulullah SAW serta membaca doa selepasnya menyebabkan 8 pintu syurga terbuka.
روى مسلم (234) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :
( مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ : أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ، إِلا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ )
رواه مسلم (234
Apakah rahsia nya?
Rahsianya ialah (Allahu a'lam) wudhū' adalah termasuk iman dan tawhīd serta syarat solat.
Doa selepas wudhu' pula terkandung di dalamnya shahādatayn yang merupakan ibadah yang paling tinggi , paling agung dan paling dicintai Allah. Lebih agung dari solat fardhu dan puasa wajib, zakat dan umrah.
Sekiranya shahādatayn disebut tanpa tawhid tanpa ikhlas, ilmu, yaqin, faham, tanpa sidq, dan
mahabbah, adalah mustahil 8 (lapan) pintu syurga Allah terbuka
Sesiapa yang melafazkan dua kalimah syahadah seperti yang difahami oleh Rasulullah SAW dan Sahābat, mereka itulah yang akan dibuka untuk mereka 8 pintu syurga apabila ia membaca selepas wuduk.
___________________________
Ustaz Abid Annuriyy
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________
Comments
Post a Comment