5 Sebab Turunnya Ujian (Bala Bencana) dari Allah

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

Dari Abdullah bin Umar dia berkata, "Rasulullah ﷺ menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:

يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

"Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kamu mendapat ujian dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kamu tidak mengalaminya;

1 Tidaklah kekejian tersebar di suatu kaum, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka penyakit Ta'un (wabak berjangkit) dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap para pendahulu mereka.

2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan ukuran kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau berkepanjangan dan penguasa yang zalim.

3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti menitiskan air untuk mereka, kalau bukan kerana haiwan-haiwan ternak nescaya mereka tidak akan diberi hujan.

4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya.

5. Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara sesama mereka." (HR. Ibnu Majah: 4009) -


___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments