Covid-19? Bertenanglah...

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

Banyakkan ZIKIR, sentiasa ingat ALLAH.

Ucapkan:

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلِ

(Hasbunallah Wa Ni’ma al-Wakil)

“Cukup bagi kita ALLAH dan DIA lah sebaik-baik tempat bergantung.”

Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH jiwa akan merasa TENANG.



Maha Suci Pencipta Korona yang mengutusnya,

Bagi menunjukkan betapa kerdilnya manusia,

Virus kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata,

Sudah cukup menggemparkan penduduk dunia,

Ekonomi yang sekian lama dibina sehingga maju kini terhenti tak semena-mena,

‘Duduk di rumah’ kini menjadi slogan,

Menunjukkan betapa manusia kini menjadi ketakutan,

Maha Suci Pencipta Korona yang mengutusnya,

Virus yang tersebar sudah cukup menggemparkan,

Supaya manusia sedar daripada lamunan,

Kesombongan, maksiat dan ketidakpedulian perlu segera ditinggalkan,

Nikmat yang begitu banyak sekian lama telah dikufuri,

Sehingga membuatkan manusia lupa diri,

Apa yang menimpa merupakan satu peringatan,

Bahawa apa yang diberi bila-bila masa boleh dihilangkan,

Ya Allah, segerakan kemudahan setelah kesusahan,

Hilangkanlah wabak penyakit yang menimpa di kala semakin dekat bulan Ramadan.

Terjemahan & olahan tulisan:
Syeikh Ali bin Yahya al-Hadadi

___________________________
Ustaz Idris Sulaiman
_____________________________

Comments