Koronavirus Sudah Ditangkap dalam Botol?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

Pentingnya AKIDAH MASYARAKAT ISLAM terus dipelihara dan dimantapkan dengan TAUHID mengesakan ALLAH dalam semua urusan ibadah, khususnya ibadah-ibadah hati, di samping menjauhi segala bentuk SYIRIK dan perkara-perkara KHURAFAT.

AKIDAH seorang MUSLIM akan diuji apabila berdepan musibah seperti mana wabak penyakit yang melanda negara sekarang.

Sejauh mana kita bergantung pada ALLAH, berserah dan berlindung denganNYA.

Adakah dibolehkan untuk kita mengambil ASBAB MUSABAB sehingga terjebak dalam hal-hal KHURAFAT dengan meyakini perbuatan-perbuatan LUAR BIASA yang TIDAK LOGIK dan TIDAK MASUK AKAL?

Adakah ini termasuk dalam erti IKHTIAR YANG DIBENARKAN SYARIAT?

Sedangkan NABI ﷺ bersabda:

“Barang siapa mendatangi DUKUN (PAWANG) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari.”
[Sahih. Riwayat Muslim]

Nabi mengatakan bertanya, bagaimana pula jika sampai merawat dengan segala ritual dan jampi serapah? Jelas lebih berat hukumnya.

Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit dengan cara jampi serapah.

Pawang ialah orang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).

Dahulu mereka dikenali sebagai BOMOH, DUKUN, PAWANG, TABIB...

Kini mereka dipanggil USTAZ yang lengkap berjubah, kopiah dan serban.

Di sini pentingnya mempelajari AKIDAH sesuai dengan petunjuk AS-SUNAH sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh para SAHABAT.

Jika tidak, maka anda akan menjadi mangsa PENUNGGANG-PENUNGGANG AGAMA yang senantiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan atas mangsa-mangsa yang jahil dan kurang pengetahuan Agama, lebih-lebih lagi ketika mereka dalam keadaan takut dan panik.

Kesudahannya, bukan sahaja anda diancam bahaya penyakit KORONAVIRUS, bahkan penyakit KHURAFAT yang merosakkan AKIDAH dan menjebakkan diri dalam SYIRIK.

Ingatlah firman ALLAH:

“Sesungguhnya ALLAH TIDAK MENGAMPUNKAN DOSA SYIRIK, dan DIA mengampunkan dosa-dosa selainnya buat mereka yang DIA mahu.”
Al-Quran, an-Nisaa’, ayat 48

Ancaman KEKAL DALAM API NERAKA SELAMA-LAMANYA buat para pelaku SYIRIK.

Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang melanda negara dengan secepatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

___________________________
Ustaz Idris Sulaiman
_____________________________

Comments