Ringkas Tentang Wahdatul Wujud

OLEH: Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi

Aqidah wahdatul wujud mempercayai bahawa asalnya kita dan Tuhan adalah bersatu. Sebab tu mereka akan selalu ulang-ulang "kenali diri, maka akan kenal Tuhan". Apa yang dia nak bagitahu melalui kata-kata:

- "Kerajaan Tuhan ada dalam dirimu"? Dan

- Mencari Tuhan bukan dalam majlis taklim? Bukan dalam solat Jumaat?

Majlis ilmu berdasarkan al-Quran dan al-Sunnahlah umber untuk kita mengenali dan mencari Tuhan, melalui amal ibadahlah kita mendekatkan diri kepada Tuhan.

Bukan seorang dua yang terpengaruh dengan kata-kata tersebut lalu menyebabkan mereka mencari Tuhan bukan dengan sumber al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya hanya dengan cara mengenal diri sendiri sudah boleh kenal Tuhan.

Awwaluddin bukan ma'rifatullah, tapi Tauhid. Tanpa Tauhid, manusia tidak akan kenal Allah.


___________________________
Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi
_____________________________

Comments