OLEH: Zulfikar Egar
Tak kira bangsa arab atau mana-mana bangsa di dunia sekalipun, wanita tidak sesekali akan mewarisi harta.
Termasuklah bangsa yahudi pun macam itu. Apatah lagi masyarakat-masyarakat luar pun sama macam itu.
Ini termasuklah orang melayu sebelum kedatangan Islam pun sama di mana kebiasaannya bila si ayah meninggal dunia, anak sulunglah yang akan ambil alih kesemua harta si ayah.
Dan itu semua sebenarnya merupakan sistem-sistem jahiliyyah sebelum Islam datang dan akhirnya sistem-sistem itu semua dimansuhkan oleh Islam
Kalau kita semua nak tahu, kalau bukan kerana nak jaga hak wanitalah isu faraid tak akan datang.
Tajuk faraid ini muncul dan timbul bila mana berlakunya isu selepas terbunuhnya Saad bin Rabi'e R.A dalam peperangan jihad fisabilillah dalam perang Uhud.
Lepas sahabat nabi ini mati, adik-beradik Saad bin Rabi'e R.A ini datang dan ambil kesemua hartanya macam itu saja.
Sedangkan Saad bin Rabi'e R.A ini ada meninggalkan 2 orang anak perempuan dan seorang isteri. Lalu isterinya itu telah datang berjumpa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasalam mengadu pada baginda akan hal sedemikian.
Kata isteri Saad bin Rabi'e R.A pada Rasulullah;
"Ya Rasulullah. Sahabat kau Saad mati syahid (ketika) bersama kau waktu dekat perang Uhud. Dia tinggalkan anak perempuan 2 orang. Bapa saudara budak-budak perempuan ini ambil semua harta dia, tak tinggal sedikit pun. Dan budak perempuan ini tak boleh kahwin kalau tiada harta. Orang takkan kahwin dengan orang miskin."
Jadi bila isteri Saad bin Rabi'e R.A cakap macam itu. Nabi diam, tak jawab. Sebab apa?
Sebab ketika itu tak turun lagi wahyu al-Quran memberitahu tentang hukum-hakam tersebut. Jadi nabi akan tunggu.
Nabi tak akan memandai-mandai menjawab. Sebab peraturan yang ada tadi hanya akan dimansuhkan bila Allah Ta'ala perintahkan.
Macam kes zihar. Dalam surah Mujadalah seperti kisah seorang perempuan yang dizihar oleh suaminya. Di mana suami perempuan itu kata pada isterinya;
"Punggung kau macam punggung mak aku."
Dalam kes itu nabi tak terus jawab, nabi tunggu. Macam itulah juga dengan masalah faraid ini. Nabi diam, nabi tak boleh selesaikan masalah tersebut.
Bila Allah Ta'ala turunkan saja wahyu kepada baginda nabi, barulah nabi boleh bertindak. Sebab penurunan wahyu al-Quran itu bergantung kepada Allah Ta'ala, bukan kehendak nabi.
Jadi bila turunnya ayat 11-12 surah an-Nisa, barulah nabi panggil bapa saudara 2 orang budak perempuan tersebut dan nabi kata kepada adik-beradik Saad bin Rabi'e R.A itu supaya;
Beri kepada 2 orang anak perempuan Saad bin Rabi'e R.A itu 2/3 harta yang diambil. Kemudian beri pada isteri Saad bin Rabi'e R.A 1/8. Baki daripada harta Saad bin Rabi'e R.A itu barulah boleh diambil.
Itulah cara bermulanya cara pembahagian faraid semata-mata untuk jaga hak wanita. Kalaulah Islam tak datang untuk menjaga hak tersebut, habislah orang lelaki akan ambik semua harta dan tak tinggalkan apa-apa pun pada wanita.
Orang perempuan nak gaduh berebut pun tak boleh, nak mengadu pada siapa? Polis, mahkamah? Sebab pada zaman dulu orang lelaki yang mendominasi segala-galanya dan akhirnya orang lelaki yang akan menang.
Tetapi akhirnya Islam datang menyelesaikan masalah manusia dan memberi hak yang sewajarnya pada wanita buat pertama kalinya dalam sejarah tamadun manusia.
Wallahualam.
Rujukan:
- Ustaz Adli Mohd Saad - Inilah Jalan Keluar Permasalahan Ummah (2019)
___________________________
Zulfikar Egar
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment