Amaran Keras Buat Mereka yang Membodek Pemerintah

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

▪️ خرَجَ إلينا رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ونحن تسعةٌ ، خمسةٌ وأربعةٌ ، أحدُ العددَيْنِ مِن العربِ ، والآخرُ مِن العَجَمِ ، فقال : اسمعوا هل سَمِعْتُم ؟ أنه ستكون بعدي أمراءٌ مَن دخَلَ عليهم فصدَّقَهم بكَذِبِهم، وأعانَهم على ظلمِهم فليس منِّي و لستُ منه ، و ليس يَرِدُ علىَّ الحوضَ ، و مَن لم يَدْخُلْ عليهم، و لم يُصَدِّقْهم بكَذِبِهم ، و لم يُعِنْهم على ظلمِهم فهو منِّي و أنا منه ، و سيَرِدُ علىَّ الحوضَ.

Sesungguhnya akan datang sesudahku para pemimpin, sesiapa yang masuk kepada mereka dan membenarkan pendustaan mereka dan menolong mereka atas kezaliman, maka bukanlah dia daripada golonganku dan aku bukan daripada golongannya.

Dia tidak dapat minum dari telaga Haudh dan sesiapa yang tidak masuk kepada mereka dan tidak membenarkan pendustaan mereka serta tidak menolong atas kezaliman mereka, maka dia daripada golonganku dan daku daripada golongannya dan akan mendatangiku di telaga Haudh. ( HR an-Nasaie didalam Sunan an-Nasaie)

Hadith ini disahihkan oleh al-Albani didalam Sahih an-Nasaie.

▫️ درجة الحديث: صحيح
▫️ الراوي: كعب بن عجرة
▫️ المحدث: الألباني في صحيح النسائي - 4219
📃 شرح الحديث
📚 الموسوعة الحديثية @AldorarBot

Hadith itu tidak bercanggah dengan hadith taat pemerintah pada yang makruf.

Hadith itu memberi amaran keras buat mereka yang mengiyakan apa sahaja yg dilakukan oleh pemerintah dan menghiasinya sedangkan apa yg berlaku sebaliknya. Pembodek-pembodek inilah yang hakikatnya mereka ingin taat kepada pemerintah selagi mana habuan dan kepentingan mereka terjaga. Mereka sanggup membuat apa sahaja asalkan kepentingan mereka dijaga.

Apabila kepentingan mereka diabaikan, maka mereka inilah yang sanggup menjadi tali barut untuk menjatuhkan pemerintah dan menggantikan dgn pemerintah yang baru yg menjaga kepentingan mereka.

Adapun prinsip ahli sunnah ialah mentaati pemerintah atas perkara yang makruf. Bukan mentaati pemerintah selagi pemerintah memberikan keuntungan buat dirinya sendiri.

Kerana, mereka para pembodek inilah, maklumat palsu diberikan kepada pemerintah yang mengakibatkan kesannya kepada rakyat.

Sebab itulah mereka diancam keras didalam hadith.

P/s: Ada perbezaan antara membodek dengan menerangkan kebenaran dan fakta dari pihak pemerintah. Mestilah dibezakan antara keduanya.

Wallahua'lam.


___________________________
 Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments