Apakah Jenis Arak yang Diminum Sahabat di Madinah Ketika Diharamkan?

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Arak yang diharamkan pada zaman nabi ketika di Madinah ialah semua jenis arak. Tetapi arak yang sedang diminum oleh para sahabat, bukanlah arak yang diperbuat daripada perahan anggur, sebab memang diketahui asal arak ialah perahan anggur, bahkan arak yang diperbuat daripada rendaman kurma.

Seperti yang disebut didalam Sahih al-Bukhari no 5580.

الموسوعة الحديثية:
▪️ حُرمتْ علينا الخمرُ حينَ حُرمتْ، وما نجدُ - يعني بالمدينَةِ - خمرَ الأعْنابِ إلا قليلًا، وعامَّةُ خمرِنا البُسْرُ والتمرُ .
Diharamkan kepada kami arak dan tatkala ianya diharamkan, kami tak mendapati di Madinah arak yang diperbuat daripada anggur melainkan sedikit. Majoriti arak kami ialah " busr" dan tamar. 
( HR Bukhari)

Maksudnya :

1)Busr ialah arak yang diperbuat daripada kurma basah dan kering.

2) Tamar ialah arak yang diperbuat daripada kurma kering.


___________________________
 Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments