Ebit Lew Diserang

OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

Kecoh pula isu Ustaz Ebit Lew ni diserang oleh seorang agamawan (dikatakan agamawan) dan katanya ulasan terbaru beliau tidak sedar ulasan dan serangan beliau itu secara kebetulan mengenai Ustaz Ebit Lew.

Macam biasa, samaada menyalah admin atau akaun digodam. oleh kerana beliau tiada admin, maka godam adalah alasan sesuai dalam hal ini.

Ibn Umar meriwayatkan ;

إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَد بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا وفي رواية : إِن كَانَ كَمَا قَالَ ، وَإِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيهِ
'Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya maka tuduhan itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka'.

Dalam riwayat lain,

'Jika tuduhan itu benar seperti yang diungkapkan maka jadilah ia seperti yang diungkapkan itu akan tetapi jika tidak benar maka tuduhan itu akan kembali kepada orang yang menuduh.'(Muttafaqun Alaih)

Kita selalu menuduh hanya atas dasar sangkaan dan merujuk atau menyemak setiap ucapan dan tuduhan kita kepada seseorang.

Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata;

ظلمت أخاك إذا ذكرت مساوئه ولم تذكر محاسنه
'Sungguh Kamu telah menzalimi saudaramu apabila kamu hanya menyatakan keburukannya tanpa sedikiitpun menyebutkan akan kebaikan-kebaikannya.' 
(Al-Baghadi Al-Jami' Al-RAwi)

Insaflah..kita mungkin tak sama, berbeza..tapi berlaku adillah kerana ia lebih dekat dengan Taqwa wahai Ustaz..

لَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
(al-Maidah :8)


___________________________
Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
_____________________________

Comments