OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Manakala apabila disebut nama Rasulullah, mereka akan meletakkan sebutan صَلَّى الله علَيهِ وَسَلََم seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Jawapannya :
Selawat dan salām kepada Rasulullah merupakan dua tuntutan syarak ke atas orang beriman untuk ditujukan kepada baginda S.A.W berdasarkan firman Allah S.W.T :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya : Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam ke atasnya (Rasulullah S.A.W)
Surah Al-Ahzāb (56)
Manakala kepada para Rasul yang lain, Allah S.W.T hanya menyebutkan salām sahaja kepada mereka, tanpa dikhususkan dengan selawat. Ini seperti firman-Nya :
وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ
Maksudnya : Dan salām ke atas sekalian para Rasul.
Surah Al Sāffāt (181)
Ini merupakan faedah yang saya perolehi daripada Syeikh Sōleh Al-‘Ushoimi (العُصَيمِي) hafizhahullāh.
___________________________
Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment