Mendakwakan Berketurunan Tertentu Secara Dusta atau Andaian Adalah Dosa Besar.

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Nabi SAW bersabda,

وَمَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أبيهِ، أَوْ انتَمَى إِلَى غَيْرِ مَوَاليهِ، فَعلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّه وَالملائِكَةِ وَالنَّاسِ أجْمَعِينَ، لا يقْبَلُ اللَّه مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامةِ صَرْفًا وَلا عَدْلًا. متفقٌ عليه.

"Sesiapa yang mendakwa (menasabkan diri) kepada bukan bapanya atau mendakwa dirinya adalah mawlā kepada yang bukan qabilah mawlanya, maka ke atas laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya.

Allah tidak menerima sebarang amalan nya pada hari Qiyamat, fardhu atau sunat."
[Hadith sahih muttafaq 'alayh]

وَعَنْ أَبي ذَرٍّ  أنَّهُ سَمِعَ رسولَ اللَّه ﷺ يَقُولُ: لَيْسَ منْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْر أبيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إلاَّ كَفَرَ، وَمَنِ ادَّعَى مَا لَيْسَ لهُ، فَلَيْسَ مِنَّا، وَليَتَبوَّأُ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار، وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أوْ قالَ: عدُوَّ اللَّه، وَلَيْسَ كَذلكَ إلاَّ حَارَ عَلَيْهِ متفقٌ عليهِ، وَهَذَا لفْظُ روايةِ مُسْلِمِ.

Dari Abu Zarr, Rasūlullāh SAW bersabda,

"Tidak lah seseorang itu mendakwa kan nasab keturunan kepada selain ayahnya yang sebenar sedang dia mengetahui nya melainkan dia menjadi kafir....dan siapkan lah tempat duduknya dalam Api Neraka..."
[HR Muslim]

Satu peringatan buat orang yang mendakwa ianya dari keturunan Rasulillah صلى الله عليه وسلم agar betul dengan apa yang disebut, ingatlah Hadith Baginda ...

"sesiapa mendakwa kepada selain susur galur keturunannya maka atasnya laknat Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekaliannya."

Dalam kitab ini, A'alaam Hanafiyyah dari kalangan ahli Bait, penulis memberi ingatan mendakwa sebagai ahli Bait Nabi tidak semudah hanya

sekadar dengar dari mulut orang

atau hanya sekadar bermimpi

atau hanya sekadar ditulis di makam keturunannya bahawa dari keturunan begian begian!


___________________________
Ustaz Abid Annuriyy
_____________________________

Comments