Status Hadith Jibril Turun Untuk Mengangkat 10 Perkara

OLEH: Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi


Diceritakan sebuah hadith yang berbunyi:

"Nabi SAW bertanya Jibril AS: "Wahai Jibril! Adakah kamu akan turun (ke bumi) selepas (kewadatan) ku?", jawab Jinril: "Ya, wahai Rasulullah! Aku akan turun sebanyak 10 kali untuk mengangkat 10 permata dari bumi". Baginda bertanya: "Apa yang akan kamu angkat?", Jibril menjawab: "Pertama, aku akan mengangkat keberkatan dari bumi. Kedua, aku akan mengangkat sifat rahmat daripada hati makhluk. Ketiga, aku akan mengangkat sifat lemah lembut daripada kaum kerabat yang rapat. Keempat, aku akan mengangkat keadilan daripada para pemerintah. Kelima, aku akan mengangkat sifat malu daripada para wanita. Keenam, aku akan mengangkat sifat sabar daripada orang-orang fakir. Ketujuh, aku akan mengangkat sifat zuhud san warak daripada ulama. Kelapan, aku akan mengangkat kesenangan daripada orang-orang kaya. Kesembilan, aku akan mengangkat al-Qur'an. Kesepuluh, aku akan mengangkat iman".

STATUS:

Hadith tersebut adalah termasuk dalam kategori hadith-hadith palsu yang tidak ada asalnya. Hadith tersebut tidak ditemui dalam kitab-kitab hadith yang muktabar, bahkan tidak ditemui dalam kitab-kitab hadith palsu sekalipun. Al-'Allamah Dr 'Abd al-Hay Yusuf pernah ditanya berhubung hadith tersebut, lalu beliau menjawab bahawa ia merupakan hadith palsu lagi makzub atas nama Rasulullah SAW.(https://ar.islamway.net/fatwa/37111/جبريل-سينزل-عشر-مرات)

Demikian juga sebagaimana fatwa yang dikemukan oleh islamqa yang diselia oleh Dr Muhammad bin Soleh al-Munajjid.(https://islamqa.info/…/حديث-مكذوب-فيه-ان-جبريل-ينزل-عشر-مرا…)

Wallahua'lam.


___________________________
 Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi
_____________________________

Comments