Qunut Di Dalam Mazhab Imam Shafie

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi

Dalam mazhab Shāfi‘ī, disyariatkan qunut semasa solat witir pada separuh kedua Ramadan, dan hal ini bertepatan dengan amalan sahabat dan salaf. Kerana mengetahui sandaran penting supaya kita dapat beramal dengan lebih yakin, dibawakan tiga athar berkenaan masalah ini yang dikutip daripada Muṣannaf Ibnu Abī Shaybah:
1.Athar ‘Umar b. al-Khaṭṭāb RA. Ibnu Jurayj bertanya kepada ‘Aṭā’, “qunut dalam bulan Ramadan?” Jawabnya:

عُمَرُ أَوَّلُ مَنْ قَنَتَ.
“‘Umar yang pertama kali berqunut.”

Kata Ibnu Jurayj, “separuh kedua ajma‘ (?)?”

Jawabnya:

نَعَم
“Ya.”
Sanadnya ḍa‘īf kerana ‘Aṭā’ tidak sempat dengan ‘Umar.


2.Athar Ibnu ‘Umar RA bahawa:

كَانَ لاَ يَقْنُتُ إِلاَّ فِي النِّصْفِ . يَعْنِي مِنْ رَمَضَانَ.
“Beliau tidak berqunut kecuali pada separuh – yakni daripada bulan Ramadan.”
Sanadnya sahih.


3.Athar Sa‘īd b. Abū al-Ḥasan (100 H). Al-Muhallab b. Abū Ḥabībah bertanya beliau tentang qunut, jawabnya:
فِي النِّصْفِ مِنْ رَمَضَانَ ، كَذَلِكَ عُلِّمْنَا.
“Pada separuh daripada Ramadan. Demikian kami diajar.”
Sanadnya sahih.



___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
_____________________________

Comments