OLEH: Abu Zinnirah Azlan
Sungguh kematian itu hampir dengan kita...begitulah hukum dunia yang fana ini...ada kelahiran ada kematian..semua agama percaya kehidupan selepas kematian..kematian hnya mngingatkan kita bahawa dunia ini bersifat sementara..tiada satu makhluk pun yang kekal hidup di dunia..kecuali Allah..
Sering kita dengar.."abang tunggu sayang dipintu syurga.." bermakna kematian yang kita alami ini juga bersifat sementara kerana Allah menjanjikan kehidupan yang kekal abadi di sana..apa yang kita inginkan ketika di dunia kita akan dapat juga di akhirat...
Hari ini kita gelak ketawa dgn insan tersayang berkongsi hobi, gembira, sedih, susah, makan bersama2..siapa sangka esok sudah tiada..yang tinggal hanya secebis kenangan dilakar bersama ketika hidup..sejauh mn kita mampu melawan penyakit tp satu hal yang kita tidak dpt melawan iaitu TAKDIR...takdir Allah itu mutlak bahawa manusia itu akan mati..
Tidak ada satu manusia pun gembira jika insan tersayang pergi meninggalkan kita hatta perompak pun ttp akan sedih..inilah perasaan yang paling istimewa yg Allah berikan kepada manusia iaitu "KASIH SAYANG"..haiwan juga sayang kepada anak2nya..
Apa yang kita ada sekarang ini akan tiada...kesemuanya bersifat sementara..kekayaan, keuntungan, kerugian, kenikmatan semuanya bersifat sementara kecuali nikmat IMAN bersifat kekal sehingga ke syurga..ingatlah pesanku bahawa kita ini hnya sementara tidak bersifat kekal..yang kekal hanyalah Allah...☝️
Tidak ada manusia yang kekal abadi …
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ
“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad).”
(QS. Al Anbiya’: 34).
Yang pasti …
Allah yang kekal abadi …
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ (26) وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ (27)
“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
(QS. Ar Rahman: 26-27).
Marilah bersama2 kita kembali kepada Allah sebelum ajal menunggu kita di DEPAN MATA..
Innalillahi wainna ilaihi roji'un
___________________________
Abu Zinnirah Azlan
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment