Syirk al-Niyyah wa al-Qasd (Syirik Dalam Niat, Iradat dan Tujuan)

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Termasuk syirik akbar ialah syirik dalam niat, iradat dan qasd (tujuan). (Hud: 15-16).

شرك النية وإرادة القصد: هو أن ينوي ويريد ويقصد العبد بعمله جملةً وتفصيلاً غير الله، وهو شرك في الاعتقاد؛
Syirik niat dan tujuan :iaitu seseorang itu berniat dan mahu dari amal salihnya akan selain Allah secara total. Ini termasuk syirik dalam i’tiqad yang mengeluarkan dari Islam.

Berdasarkan firman Allah,

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ * أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ{ [هود: 15، 16].
“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. (15).

Mereka itulah orang-orang yang tidak mem¬perolehi di akhirat kecuali Api Neraka, dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.”
(Hud: 15-16)
.
Sehubungan dengan ayat ini al-‘Awfi telah meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, bahawa sesungguhnya orang-orang yang suka riya' (mahu dilihat amalnya), maka pahala mereka diberikan di dunia ini. Demikian itu kerana mereka tidak dianiaya sedikit pun.
.
Ibnu ‘Abbas mengatakan, "Sesiapa yang beramal saleh untuk mencari keduniawian, seperti melakukan puasa, atau salat, atau bertahajjud di malam hari, yang semuanya itu ia kerjakan hanya semata-mata untuk mencari keduniaan, maka Allah berfirman, “Aku akan memenuhi apa yang dicarinya di dunia, ini sebagai pembalasannya, sedangkan amalnya yang ia kerjakan untuk mencari keduniawian itu digugurkan, dan dia di akhirat nanti termasuk orang-orang yang merugi.”

Hal yang sama telah diriwayatkan dari Mujahid, Ad-Dahhak, dan lain-lain.
Anas ibnu Malik dan al-Hasan mengatakan bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mujahid dan lain-lain mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang yang suka riya’.

Qatadah mengatakan, "Barang siapa yang dunia merupakan niat, dambaan, dan buruannya, maka Allah membalas kebaikannya di dunia ini. Dan bila ia datang ke akhirat, maka ia tidak lagi memiliki pahala amal kebaikan yang akan diberikan kepadanya. Adapun orang mukmin, maka amal kebaikannya dibalas di dunia ini, dan kelak di akhirat dia mendapat pahala dari amalnya itu."
.
Dalam hadis yang marfu’ telah disebutkan hal yang semisal dengan ini.
Allah Swt. telah berfirman:

{مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا كُلا نُمِدُّ هَؤُلاءِ وَهَؤُلاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا انْظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلا}
“Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan bahagiannya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (18).

Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibatasi dengan baik (19).

Kepada masing-masing golongan, sama ada golongan ini mahupun golongan itu, KAMI berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. (20). Perhatikanlah bagaimana Kami lebih¬kan sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatannya dan lebih besar keutamaannya.” (21). (Al-Isra’: 18-21)
.
Firman Allah,
{مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نزدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ}
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya; dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Asy-Syura: 20)


___________________________
Ustaz Abid Annuriyy
_____________________________

Comments