Manhaj Salaf yang Disalah Fahami adalah Tafwid Makna

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

Manhaj Salaf yang disalahfahami adalah Tafwid Makna iaitu menyerahkan makna sifat kepada Allah dengan tidak menterjemahkan sama sekali teks Arabnya.

Tafwid makna menurut istilah lainnya adalah takwil ijmali (takwil umum). Kerana kedua-dua cara ini sama ada takwil ijmali mahupun takwil tafsili adalah bertujuan memalingkan makna zahir dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW dengan alasan tanzih (pensucian dari kesamaan dengan makhluk).

Contohnya:

الرحمن على العرش استوى

Takwil tafsili akan menterjemahkannya begini:

“Tuhan yang Maha Pemurah di atas Arasynya menguasai.”

Mereka takwilkan istawa kepada istaula yang bermakna menguasai.

Manakala takwil ijmali akan menterjemahkannya begini:

“Ar-Rahman di atas Arasy beristiwa`.”

Apakah makna istiwa dalam ayat ini? Jawab mereka dengan takwil ijmali (tafwid makna): “Wallahua’lam” Allah sahaja yang tahu maknanya.

Demikianlah seluruh ayat2 sifat seperti Nuzul, Yadd, Wajh, ‘Ain, Ghadab, Maji', dan lain2 yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah.


___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments