OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Imam Ahmad memiliki sekitar 7 murid utama yang bermulazamah dengannya, termasuk 2 orang anaknya iaitu Imam Abdullah dan Imam Saleh dan seorang sepupunya iaitu Imam Hambal bin Ishaq.
Jadi terkadang ada orang keliru jika dia terbaca "Imam Hambal berkata...." maka dia langsung terfikir bahawa Imam Ahmad bin Hambal yang berfatwa. Padahal itu adalah sepupu kepada Imam Ahmad.
Berikut disenaraikan 7 anak murid utama Imam Ahmad:
(1) Imam Abdullah bin Ahmad (w 290H)
(2) Imam Saleh bin Ahmad (w 266H)
(3) Imam Hambal bin Ishaq (w 273H)
(4) Imam Abu Bakr Al Marrudhi (w 275H)
(5) Imam Abu Bakr Athram (w 261H)
(6) Imam Abd Malik Al Maymuni (w 274H)
(7) Imam Harb Al Karmani (w 280H)
Diturunkan sanad Imam Al Barbahari (w 329H) dan Imam Al Khallal (w 311H) dari Imam Abu Bakr Al Marrudhi @ Al Marwazi:
👳
Imam Ahmad
|
👳
Imam Al Mawarzi
|
/\
/ \
/ \
/ \
/ \
👳 👳
Al Khallal Al Barbahari
| |
| |
👳 👳
Abu Dawud Ibn Bathtah
|
👳
Ibn Abi Dawud
Dari sini kita melihat bahawa ada paling kuran 6 kitab aqidah yang dikarang oleh ulama yang namanya tercatit di atas, iaitu:
(1) Usul As Sunnah oleh Imam Ahmad
(2) As Sunnah oleh Imam Abdullah
(3) As Sunnah oleh Al Khallal
(4) Syarhus Sunnah oleh Al Barbahari
(5) Al Ibanah oleh Ibn Bathtah (w 387H)
(6) Qasidah Haaiyah oleh Ibn Abi Dawud (w 316H)
Kesemua aqidah dalam 6 kitab diatas adalah sama dan serupa. Melalui kitab-kitab inilah kaum Salafi mewarisi aqidah mereka.
Seorang Salafi pasti telah mempelajari salah satu kitab diatas. Yang paling mahsyur adalah As Sunnah karya Imam Ahmad dan Syarhus Sunnah karya Al Barbahari
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment