Ibrah daripada Range Rover Lowered (Tarbiah Bab Malu)

 OLEH: Taufiq Tuah

Sepatutnya dah jadi satu keaiban sebuah Range Rover untuk diloweredkan. Apatah lagi 4x4 yang lain dalam dunia saling berkejar untuk capai kereta yang paling tahan lasak menahan 'impact'.




Sama lah juga menjadi keaiban kepada lelaki yang mencukur janggutnya. Sedangkan janggut ialah tanda kegagahan, macho dan berani.

Sama lah juga menjadi keaiban kepada peniaga yang memalsukan PHD nya. Keaiban juga kepada ahli politik yang melakukan hal yang sama.

Keaiban juga kepada orang berilmu yang rosak akhlaknya. Apatah lagi orang jahil tetapi terpekik berbuat seolah-olah pandai.

Begitulah keaiban. Maka, sila lah bina pada diri kita perasaan malu. Kerana perasaan malu akan menghalang kita daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan adab.

Tapi saya percaya, gambar ni bukan lowered. Tapi lebih kepada air suspension. Maka Range Rover tidaklah melakukan sesuatu yang mengaibkan. Tapi bagaimana dengan kita?

".... jika engkau tidak malu maka berbuatlah sesukamu.” 

(HR. Al Bukhari)


Wallahualam

___________________________
Taufiq Tuah
_____________________________

Comments