Kerajaan Al Muwahhidun : Kisah Pembunuhan Kejam Asya’irah Terhadap Kaum Salafi

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Ibnu Tumart Diiktiraf Sebagai Ulama Besar Oleh Kaum Asya’irah

Nama asli Ibnu Tumart adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdurrahman bin Hud bin Khalid bin Tamam bin Adnan bin Shafwan bin Jabir bin Yahya bin Rabah bin Yasar bin Al Abbas bin Muhammad bin Al Hasan bin Al Imam Ali bin Abu Thalib.

Ibnu Tumart adalah warganegara Murabitun yang ketika itu menjadikan dasar aqidah Salaf sebagai mazhab rasmi. Hal ini menyebabkan berlaku pertentangan andara dia dengan kerajaan dimana Ibnu Tumart menganggap bahawa kerajaan telah menjalankan kesesatan.

Oleh kerana itu, Ibnu Tumart bercita-cita untuk melakukan gerakan dakwah yang akan mengembalikan Islam kepada mazhab yang benar iaitu Mazhab Asya’irah.

Ustaz Ahmad Faidzurrahim menulis beberapa catatan dalam buku Syarah Akidah Mursyidah tentang kedudukan Ibnu Tumart. Berikut adalah beberapa catatannya:


al-Hafiz Salahuddin Khalil bin Kaikaladi al-Alla’i berkata:

“Pengarang al-Akidah al-Mursyidah ini berada di atas jalan dan akidah yang lurus dan beliau adalah benar dalam mensucikan Allah”


Tajuddin al-Subki dalam kitab Tabaqatnya berkata:

“Ini adalah akhir kitab akidah, dan tidak ada seorang sunni pun yang mengingkarinya.”


Tahun 515 H, Ibnu Tumart menamakan gerakannya sebagai Al Muwahhidun dan kemudian mengistiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi yang maksum (1121 M).

Ibnu Tumart mengaraang sebuah kitab aqidah yang berjodol Aqidah Mursyidah. Kitab ini menggunakan metode mazhab Asya’irah dan dijadikan kitab yang dibanggakan oleh kerajaan Al Muwahhidun.


Ibnu Tumart Mendalami Mazhab Asya’irah

Ibnu Tumart mendalami Mazhab Asyairah dengan beberapa ulama besar mazhab ini malah dia telah memasuki Madrasah Nizamiyah yang menjadi tempat pengajaran Al Ghazali.  Antara guru yang mengajarnya adalah:

1.    Abu Bakr Shashi

2.    al-Mubarak Ibn Abdul Jabbar

3.    Abu Hamid al-Ghaza

4.    Abu Mohammed Salih ibn Harzihim

5.    Abu Bakr ibn al-Arabi

6.    Ilkiya Al Harrasi

Ada beberapa pandangan yang mengatakan bahawa ketika Ibnu Tumart sampai ke Madrasah Nizamiyah, dia tidak sempat bertemu dengan Al Ghazali.


Ibnu Tumart Berusaha Mengembangkan Mazhab Asya’irah

Ibn Abi  Zar al Fasi menulis dalam  Rawd al-Qirtas bahawa ketika pasukan Ibn Tumart menguasai Kota Fez pada tahun 514 H/1099 M, mereka telah mengajarkan / menyampaikan aqidah Asya'irah di Masjid Taryana. Kemudian mereka bergerak ke masjid-masjid lain untuk mengajarkan Mazhab Asya’irah.


Kerajaan Muwahhidun Melabel Kaum Salafi Sebagai Mujassimah

Amir Aziz menulis dlm Akhbar Al Qairuwan:

“Ibnu Tumart menamakan pengikutnya sebagai Al Muwahhidun dan menamakan orang-orang yang tidak mengikutinya sebagai Al Mujassimun. Penamaan itu terkenal pada tahun 515 H. Harghah membaiatnya bahawa dia adalah Al Mahdi Al Muntazhar. Orang-orang mulaststamun (tertutup mukanya) ingin membunuhnya, namun pengikut Ibnu Tumart menaklukkan mereka dan mendapatkan banyak harta rampasan. Mereka menjadi percaya kepada diri. Kabilah-kabilah lain datang kepada mereka dan menyatukan Hantanah yang merupakan kabilah paling kuat”


Ad Dzahabi menulis dalam siyar alam an nubala :

"Alyasa’ bin Hazm berkata, “Ibnu Tumart menamakan kelompok Al Murabithun sebagai Al Mujassimun. Penduduk Magribi hanya beragama dengan menyucikan Allah dari sifat yang tidak wajib bagi-Nya, menetapkan sifat yang wajib bagi-Nya dan tidak membahas sesuatu yang tidak dapat dipahami oleh akal.” Hingga Alyasa’ berkata, “Lalu Ibnu Tumart mengafirkan mereka kerana tidak tahu makna aradh (zat sifat) dan jauhar. Barangsiapa yang tidak tahu keduanya, maka dia tidak tahu antara makhluk dan Pencipta (Al Khaliq). Barangsiapa tidak hijrah dan berperang bersamanya, maka halal darahnya kerana marahnya Ibnu Tumart adalah kerana Allah.”

 


Al Muwahhidun Mengkafirkan Salafi Dan Memfatwakan Halal Membunuh Salafi

Al Yasa’ berkata dalam kitab Tarikhnya:

“Semua berita yang aku sebutkan tentang orang-orang Mashmud, telah kusaksikan dan aku meriwayatkannya secara mutawatir. Wasiat Ibnu Tumart kepada kaumnya adalah jika mereka bertemu dengan orang Murabith atau Tilimsan agar mereka membakarnya”


Ibnu Tumart Membunuh Penduduk Desa Tinamal Yang Menolong Mereka

Pada 1123, Ibnu Tumart menuju ke kota Aghmat (di Maroko) dan berjumpa dengan Al Faqih Abdul Haq Al Mashmudi. Al Mashmudi menyarankan mereka tinggal di sebuah kawasan gunung bernama Tinamal. Ketika mereka sampai di kawasan tersebut, para penduduknya mengalu-alukan mereka.  Para penduduk datang belajar kepada Ibnu Tumart sehingga jumlah anak muridnya semakin ramai.

Tetapi lama-kelamaan sebahagian penduduk tempatan menyedari sesuatu tidak kena dengan Ibnu Tumart dan memperingatkan masyarakat agar meninggalkan dirinya. Akhirnya Ibnu Tumart mengeluarkan fatwa untuk membunuh penduduk Tinamal yang tidak mengikut ajarannya.

Al Yasa’ berkata di dalam kitab Tarikhnya: “Aku tidak temukan tempat yang lebih aman dari Tinamal, karena tempat itu terletak di antara dua gunung. Hanyak pengendara kuda yang dapat mencapainya. Bahkan mereka harus turun dari kudanya di medan yang sulit dan tempat yang harus dilewati dengan kayu. Jika kayu tersebut dibuang, maka jalan terputus. Membutuhkan waktu sehari untuk mencapai sana. Para pengikutnya mulai berubah dan membunuh. Mereka semakin banyak dan kuat. Ibnu Tumart mengkhianati penduduk Tinamal yang telah memberinya tempat tinggal. Dia membekali murid-murid khususnya (khawash) dengan pedang. Al Faqih Al Ifriqi salah seorang murid khusus Ibnu Tumart berkata kepadanya, “Apa ini! Kaum yang telah memuliakan dan memberi kita tempat tinggal, dan kita lantas membunuh mereka!” Ibnu Tumart berkata kepada para muridnya, “Dia meragukan kemuliaanku. Bunuhlah dia!” Kemudian orang itu pun dibunuh.”


 

Ibnu Tumart Membunuh Kaum Muslimin Dan Para Penentangnya

Amir Aziz di dalam kitab Akhbar Al Qairuwan berkata: “Mereka mempunyai kasih sayang, adab dan keriangan. Mereka memakai pakaian pendek dan murah. Hari-hari mereka penuh dengan penjelajahan dan perjuangan. Di antara kabilah ada kelompok yang suka merusak. Ibnu Tumart mengundang para pimpinan kabilah dan menasihat mereka. Dia berkata, “Agama kalian tidak akan berdiri kecuali dengan melarang yang mungkar. Carilah setiap pembuat kerusakan, lalu laranglah dia membuat kerusakan. Jika dia tidak berhenti membuat kerusakan, catatlah namanya.” Kemudian Ibnu Tumart memperingatkan untuk kedua kalinya. Dia melihat nama-nama yang berulangkali melakukan kejahatan. Dia menyisihkan nama-nama tersebut. Kemudian dia mengumpulkan semua kabilah dan menghimbau agar tak satupun di antara mereka absen. Ibnu Tumart menyerahkan nama-nama itu kepada Al Basyir. Al Basyir melihat dengan seksama nama-nama itu. Kemudian dia mengurutkan anggota kabilah satu per satu. Jika dia temukan namanya di dalam daftar, dia jadikan di sebelah kiri. Dan ketika dia tidak temukan namanya di dalam daftar, dia jadikan di sebelah kanan. Kemudian dia memerintahkan untuk mengikat orang-orang di sebelah kirinya dan berkata kepada kerabat mereka, “Mereka adalah orang-orang malang dari ahli neraka.” Kemudian setiap kabilah mengatakan sesuatu kepada anggota mereka yang malang dan membunuhnya. Itu adalah kejadian luar biasa. Ibnu Tumart berkata, “Dengan begini, agama kalian menjadi benar dan perkara kalian menjadi kuat.”

Alyasa’ berkata: “Yang benar menurutku, jumlah mereka yang terbunuh dengan cara seperti itu sebanyak 70 ribu jiwa. Mereka menyebutnya sebagai “At-tamyiz”

Mengikut catatan, dari tahun 1149M hingga 1150, Abd Al Mukmin yang menggantikan Ibnu Tumart telah membunuh kabilah-kabilah yang melanggar arahannya atau yang melawan ajarannya, sehingga ada yang mengganggarkan korban sebanyak 32,000 jiwa.


Ibnu Tumart Membunuh Sesuka Hati Termasuk Pengikutnya

Dalam petikan diatas ada menceritakan bagaimana Ibnu Tumart membunuh salah seorang muridnya yang menjadi anggota Majlis Sepuluh. Pembunuhan ini dilakukan kerana anak muridnya mempersoalkan tindakan dia membunuh penduduk gunung yang telah berjasa kepada mereka.

Jikalau anak muridnya yang berkedudukan tinggi pun boleh dibunuh maka para pengikutnya yang lain juga dibunuhnya kerana kesalahan-kesalahan kecil.

Ibnu Khallikan berkata, “Makam Ibnu Tumart di gunung Mashmad dihormati. Dia meninggal pada usia tua. Dia makan roti dengan minyak dan sedikit lemak dari hasil jahitan saudara perempuannya. Dia tidak berubah dari makan roti tersebut ketika dia kaya. Pada suatu hari dia melihat para pengikutnya senang dengan harta rampasan yang banyak, lalu dia memerintahkan untuk membakar mereka semua. Dia berkata, ‘Barangsiapa menginginkan dunia, maka ini bagiannya. Barangsiapa menginginkan akhirat, maka dia akan mendapatkan balasan di sisi Allah.’

Sementara itu, dia telah mengeluarkan fatwa bahawa kaum Murabitun yang mendokong mazhab Salaf sebagai mujassimah dan telah kafir serta harus dibakar dan bunuh.

 Al Yasa’ berkata, “Semua berita yang aku sebutkan tentang orang-orang Mashmud, telah kusaksikan dan aku meriwayatkannya secara mutawatir. Wasiat Ibnu Tumart kepada kaumnya adalah jika mereka bertemu dengan orang Murabith atau Tilimsan agar mereka membakarnya.”

Pada 1125M, Tentera Muwahhidun gagal daalam serangannya keatas Magribi. Kemudian pada tahun 1129M, dengan kekuatan 40,000 dibawakn panglima Abu Muhammad Al-Basyir Al-Wansyarisi, Kaum Asya’irah ini melancarkan perang yang disebut “Perang Buhairah”, tetapi mereka sekali lagi tewas.

Siri peperangan antara pemberontak dengan Kerajaan Murabitun berlanjutan sehinggalah pada tahun 1145 M menyaksikan jatuhnya Andalusia kepada kaum pemberontak ini. Selang beberapa tahun iaitu tepatnya pada 1147 M, seluruh kerajaan Murabitun tewas dan hancur.

Dalam siri penaklukan Tentera Al Muwahhidun keatas Magribi, Ibnu Taimiyyah menerangkan betapa mereka ini kejam. Abdul Mukmin yang dilantik menjadi penerus kepada Ibnu Tumart telah menjalankan pembunuhan massa keatas penduduk Kerajaan Murabitun. Mereka mendakwa pembunuhan itu didapatkan dari hukum syarak kepada orang yang tidak beriman secara benar.

Ibnu Qayyim berkata dalam Al-Mananil Munif Fl Sahihi Wad Dha’if bahawa Ibnu Tumurt adalah seorang pendusta, bersikap kejam, berkuasa menggunakan kekerasan dan penipuan, membunuh orang Muslimin dan lebih banyak mengancam agama berbanding dari Hajjaj At Tsaqafi.


Penulis Sejarah Yang Memihak Kepada Kerajaan Muwahhidun

1.    Mohammed abu Bakr ibn Ali al Sanhaji al Baydhaq, Al moqtabass Min Kitabi al Anssab fi Maärifati al Ashab

2.     Abu al Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Idhari al-Marrakushi, Al-Bayan al-Mughrib

3.    Abu Muhammad Hasan ibn Ali ibn Muhammad Ibn al-Qattan al-Marrakushi, Nathm al-juman


___________________________
Abu Amru Radzi Othman
_____________________________

Comments