Semua Agama Adalah Sama?

 OLEH: Ustaz Abu Hanim Riza Kamaruddin

Sekadar ingin menjawab kenyataan Agama semua adalah sama oleh page yang dinamakan ke atas  individu ini dengan ayat ke 3 dari Surah Al-Maidah yang telah ditafsirkan oleh Imam Ibn Kathir Rahimahullah.

وقوله: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا [المائدة:3] هذه أكبر نعم الله تعالى على هذه الأمة حيث أكمل تعالى لهم دينهم، فلا يحتاجون إلى دين غيره، ولا إلى نبي غير نبيهم صلوات الله وسلامه عليه، ولهذا جعله الله تعالى خاتم الأنبياء وبعثه إلى الإنس والجن، فلا حلال إلا ما أحله، ولا حرام إلا ما حرمه، ولا دين إلا ما شرعه 

Firman Allah SWT " pada hari ini telah Aku cukupkan bagi kamu Agama kamu dan telah aku sempurnakan bagi kamu nikmatKu  serta telah Aku redha bagi kamu Islam adalah agama kamu. 

[Al-Maidah :3]

 Imam Ibnu Katsir Rahimahullah menjelaskan :

Ayat ini adalah sebesar-besar nikmat Allah kepada umat ini, kerana  ia juga adalah bukti kesempurnaan  semua agama Islam yang telah lengkap bagi mereka serta tidak memerlukan sebarang agama selain dari Islam. Agama yang tidak disyariatkan kepada Nabi² yang lain yang menjadi bukti bahawa baginda Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam adalah Nabi yang terakhir yang dibangkitkan kepada manusia dan jin, maka ia tidak menghalalkan kecuali apa yang telah Allah halalkan untuknya, dan mengharamkan melainkan apa yang telah Allah haramkan untuknya, serta tiada agama melainkan apa yang telah disyariatkan kepadanya. ( Islam )

Komen : menyatakan AGAMA SEMUA SAMA ... KITA SAMA MANUSIA DI SISI MAHA PENCIPTA. adalah suatu baris ayat yang sangat jahil, mentah dan tidak benar sama sekali menurut pandangan Islam. 

Agama lain tidak pernah akan sama  di sisi Allah.

Manusia juga tidak pernah sama di sisi Allah kerana Allah sendiri telah menegaskan  dalam surah Al-Hujurat ayat 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

" Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berlainan jenis kaum dan puak dengan tujuan agar kamu saling kenal-mengenali antara satu sama lain, dan ingatlah sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling tinggi nilai takwanya dari kalangan kami. .."

Nasihat penulis:

Berhati-hatilah ketika bercakap atau menukilkan sesuatu kenyataan tentang urusan agama yang kalian sendiri tidak memahaminya. 

Jangan kerana ingin mengambil hati orang-orang kafir maka kalian sanggup untuk menyama tarafkan semua agama kerana ini adalah satu kejahilan yang sangat besar.

Sebagai seorang muslim sepatutnya kita mempromosikan keindahan agama Islam ini kepada mereka dengan semua nilai-nilai murni yang ada didalamnya, antaranya ialah hak beragama dan mengamalkan ritual agama masing-masing. Bukan dengan mengambil jalan mudah terus memberikan hak sama rata kepada mereka.

Cara berkempen dengan menjual agama seperti ini wajib ditolak dan dihentikan serta merta. Jangan jadikan pilihanraya ini medan para juhala' menjual agama  untuk meraih undi dan sokongan dari orang bukan Islam. 

Saya tegaskan sekali lagi betapa ini adalah suatu kejahilan dan kebodohan yang sangat besar yang wajib dihentikan serta merta kerana kelak ia bakal membawa kerosakan kepada kesempurnaan dan kewibawaan imej Islam yang suci ini. Yakinlah bahawa Islam ini akan sentiasa dijaga dan terus dipelihara oleh Allah dengan lidah dan tangan-tangan hambaNta yang taat kepada Nya.

Kepada admin page yang menamakan individu ini dan mereka yang sama pemikiran dengannya saya nasihatkan agar mereka beristighfar dan bertaubat kepada Allah dengan segera dan memperbetulkan kenyataan kesilapan ini. Semoga Allah memberikan  Taufik dan Hidayah Nya kepada mereka dan kita semua.

___________________________
Ustaz Abu Hanim Riza Kamaruddin
_____________________________

Comments