OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ مِنْ وَلَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ خَرَجَ مِنْ عِنْدِ مَرْوَانَ نَحْوًا مِنْ نِصْفِ النَّهَارِ فَقُلْنَا
"Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Umar bin Sulaiman salah seorang keturunan Umar bin Khathab? radhiallahu 'anhu, dari Abdurrahman bin Aban bin Utsman dari Ayahnya bahawa Zaid bin Tsabit keluar dari rumah Marwan di waktu tengah hari, kami berkata:
مَا بَعَثَ إِلَيْهِ السَّاعَةَ إِلَّا لِشَيْءٍ سَأَلَهُ عَنْهُ فَقُمْتُ إِلَيْهِ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ أَجَلْ سَأَلَنَا عَنْ أَشْيَاءَ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
"Tiada sesuatu yang mengirimkannya kecuali kerana ada sesuatu yang ditanyakannya. Aku berdiri menyambutnya dan aku pun bertanyakannya, dia menjawab, "Benar, dia bertanyakan tentang sesuatu yang aku dengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ فَإِنَّهُ رُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ
"Allah menyukai (mencerahkan wajah) seseorang yang mendengar hadis dariku lalu dia menjaganya hingga dia sampaikan kepada selainnya, kerana sungguh berapa banyak ahli fiqh yang tidak fakih, dan berapa banyak pembawa fiqh menyampaikan kepada orang yang lebih fakih.
ثَلَاثُ خِصَالٍ لَا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ مُسْلِمٍ أَبَدًا إِخْلَاصُ الْعَمَلِ لِلَّهِ وَمُنَاصَحَةُ وُلَاةِ الْأَمْرِ وَلُزُومُ الْجَمَاعَةِ فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تُحِيطُ مِنْ وَرَائِهِمْ
Tiga perkara yang hati seorang Muslim tidak akan menjadikan benci selamanya; mengikhlaskan amalan hanya untuk Allah, menasihati para pemimpin dan beriltizam dengan al-jamaah (pemerintah muslim). Sebab dakwah mereka akan berada di belakang mereka (perlindungan mereka).
وَقَالَ مَنْ كَانَ هَمُّهُ الْآخِرَةَ جَمَعَ اللَّهُ شَمْلَهُ وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ نِيَّتُهُ الدُّنْيَا فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ وَسَأَلَنَا عَنْ الصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَهِيَ الظُّهْرُ
Dan bersabda: Sesiapa yang cenderung dengan akhirat maka Allah akan jadikan kesempurnaan untuknya, kekayaan ada di dalam hatinya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan hina. Dan sesiapa niatnya (mengharapkan) kehidupan dunia, maka Allah akan menjauhkan dunia darinya, menjadikan kefakiran berada di depan matanya dan dia tidak akan mendapatkan dunia kecuali apa yang telah dituliskan untuknya. Dia bertanya kepada kami tentang solat wusto, iaitu solat zohor." (HR. Ahmad no: 20608)
Comments
Post a Comment