Bertahan Di Atas Hijrah

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Wanita cantik yang enggan menjadi model dan wanita bersuara merdu tetapi enggan menjadi penyanyi mendapat pahala yang istimewa berbanding wanita-wanita lain.

Mereka mengorbankan peluang berharga yang dimiliki demi kehormatan diri dan mendapat reda Ilahi. Kalau diikutkan kemampuan, boleh sahaja mereka menjadi seperti wanita-wanita lain yang mengekspoitasi segala anugerah yang diberi untuk kepentingan diri. Tetapi, mereka memilih bersabar dan bertahan, menolak godaan dunia untuk menjaga agama.

Lebih hebat daripada itu ialah wanita-wanita yang terlanjur menjadi artis dan berada di puncak kerjaya, tetapi sanggup melepaskan segala-galanya untuk berubah dan berhijrah. Hijrah mereka lebih jauh. Pengorbanan mereka lebih besar.

Dan kerana bertahan di atas hijrah itu terlalu berat bagi mereka - sehingga ramai artis yang berhijrah akhirnya ditarik semula oleh rakan-rakan ke dunia lama - maka begitu jugalah istiqamah mereka, lebih bernilai dan berharga.

___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
_____________________________

Comments