Hadis Nur Muhammad Dan Hadis Kijang Memberi Salam Kepada Nabi Ialah Hadis Palsu

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Banyak hadis yang disebarkan oleh golongan tarekat dan sufi dihukum palsu oleh ulama-ulama hadis mereka sendiri. Saya sebutkan dua antaranya: 

Pertama, hadis nur Muhammad. Hadis ini dihukum palsu oleh Syeikh Abu al-Fadl al-Ghumari dan untuk membatilkannya, beliau mengarang risalah khas berjudul Murshid al-Ḥa‘ir li-Bayān Waḍ’ Ḥadīth Jābir.  (Kemudiannya ada yang mendakwa menjumpai manuskrip Musannaf 'Abd al-Razzaq yang mengesahkan riwayat tersebut, padahal manuskrip tersebut palsu.)

Kedua, hadis kijang memberi salam kepada Nabi SAW. Hadis ini dihukum "la asla lahu" dan dusta oleh Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah dalam mukadimah tahkik al-Masnu' fi Ma'rifah al-Hadith al-Mawdu'.

Kalau dikaji lebih mendalam, kita akan menemui lebih banyak hadis yang dipalsukan oleh ulama hadis mereka sendiri, tetapi tetap digunakan dan disebarkan oleh mereka.

Dalam sesetengah keadaan, untuk mempertahankan tindakan tersebut, mereka mengatakan hadis-hadus berkenaan sebenarnya sahih melalui mimpi dan kasyaf mengikut kaedah sufi, walaupun palsu mengikut kaedah ahli hadis.

Wallahualam.

___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
_____________________________

Comments