OLEH: Dr Idris Sulaiman
Jangan terus pulang jika melihat kemungkaran semasa hadir pengurusan jenazah.
Berbeza dengan kemungkaran dalam walimatulurus, tetamu boleh patah balik dan pulang.
Imam Ahmad menegaskan bahawa jika seseorang itu melihat kemungkaran yang tidak dapat dicegahnya berlaku sewaktu menghadiri pengurusan jenazah maka hendaklah dia terus tetap di situ sehingga jenazah selesai ditanam.
Berbeza dengan majlis walimatulurus jika ada kemungkaran yang tidak dapat dicegah berlaku maka hendaklah segera pulang.
Apabila ditanya tentang berbezaan antara kedua-dua situasi tersebut, beliau menjelaskan bahawa pengurusan jenazah melibatkan hak si mati yang tidak boleh diabaikan gara-gara kemungkaran yang dilakukan oleh orang-orang yang hidup.
Sedangkan walimatulurus pula melibatkan hak si tuan rumah yang mana jika dia membiarkan kemungkaran berlaku dalam majlisnya maka dia sendiri telah melepaskan haknya atas para jemputan untuk memenuhi undangannya.
[I’laam al-Muwaqqi’in, 6/120]
Semoga Allah merahmati para ulama Islam yang silam dan yang masih hidup.
Comments
Post a Comment