Kita Disuruh Berselawat Ke Atas Rasulullah, Bukan Menyambut Kelahiran Baginda

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi 


Perkara yang tidak dituntut dan tidak disyariatkan tidak boleh diamalkan. Ini kaedah yang disebut oleh ulama. Sebab itulah, jika perempuan menggantikan solat yang ditinggalkannya semasa haid, solat itu tidak sah. 

Kaedah ini bukanlah kaedah yang baharu, sahabat Rasulullah SAW telah mengamalikannya dalam kehidupan mereka. Dalam riwayat yang sahih, Ibnu al-Zubayr RA melihat orang ramai mengusap makam Ibrāhīm lalu beliau melarang mereka melakukannya. Katanya, “kamu tidak disuruh menyapu. Yang disuruh hanyalah solat.” 

Kaedah yang sama juga diamalkan oleh tabiin, Qatādah. Katanya menerusi riwayat yang sahih atau hasan selepas membaca ayat 125 surah al-Baqarah, “yang disuruh kepada kamu adalah solat di sisinya (makam Ibrāhīm), dan kamu tidak disuruh menyapunya.”

Maka, tiada salahnya kita mengamalikannya dalam masalah maulid dan lakaran capal, dengan mengatakan ”kita disuruh berselawat dan mengikuti ajaran baginda, bukan menyambut hari kelahiran dan bertabarruk dengan lakaran capal baginda."

___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
_____________________________

Comments