Semoga Allah Menghancurkan Tangan-Tangan Liberal Yang Menyokong Penghinaan Nabi Muhammad

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Semoga Allah menghancurkan tangan-tangan liberal yang menyokong penghinaan ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam atas nama hak asasi dan kebebasan bersuara.

Dalam masa yang sama, tidak bersetuju sama sekali tindakan radikal dan ekstremis pembunuhan jiwa non Muslim dengan melulu dan tanpa pertimbangan.

Ini kerana fitnah yang menimpa dan terkait dengan umat Islam dan pengamalnya lebih teruk dan lebih dahsyat memandangkan kuasa media massa dunia ditangan mereka.

Semoga Allah memberikan hidayah buat pembuat karikatur-karikatur yang menghina nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam keadaan jahil tentang hakikat sebenar nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu sendiri.

Maafkan kami wahai Rasulullah kerana tiada daya menghalang pihak yg lantang menghinaMu. 

Wahai para pejuang kebebasan bersuara. 

Janganlah bersikap melampaui batas. Gunakanlah kebebasan pada tempatnya, bukan pada kebebasan menghina apatah lagi menghina nabi dan agama kami. Kami tidak menghina agamamu, apakah sebab utama untukmu menghina agama kami?

Sebagaimana kamu tidak suka dihina, begitu juga tidak suka agamamu dihina oleh orang lain, begitu juga jangan lakukan perbuatan sedemikian pada kami.

___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments