Kenapa Lebih Sensitif Isu Daging Haram Berbanding Christmat?

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Kenapa orang lebih sensitif isu daging yang tidak jelas halal berbanding isu sambutan Christmas?

Allahul mustaan

Hakikatnya isu langit akan terpecah, bumi akan meretak, bila mereka mendakwa Allah mempunyai anak perlu lebih sensitif berbanding isu tidak jelas halalnya daging dari sudut teknikal.

Antara hak menghormati kekufuran atas dasar toleransi sesama manusia berbanding hak Allah SWT untuk diesakan, ditauhidkan yang manakah yang lebih utama bagi seseorang muslim yang mengaku bertauhid kepada Dia?

Allahul mustaan...

Kadangkala bertegas didalam isu akidah lebih utama untuk maslahat masyarakat muslim berbanding berlunak tentangnya. Ditakuti masyarakat lebih lajak lajunya menggunakan fatwa atau pandangan sedemikian.

Dalam keadaan fatwa dan pandangan yang "keras" pun, orang ramai masih bermudah-mudah, apatah lagi pandangan pihak agamawan bersikap dengan lunak dan lembut, nescaya lebih jauh lagi masyarakat tersasar.

Apapun penghormatan atas agamawan tidak bermaksud perlu mengikuti dlm pandangan yang lebih lunak sedangkan ijmak telah berlaku  pada sisi yang berlawanan.

Sekalipun pandangan yang masyhur pada masakini  ialah lebih bertoleransi didalam bab ucapan perayaan agama lain, namun ianya sedia maklum merupakan pandangan yang ganjil dan lemah di zaman para salafussoleh terdahulu.

Manakala pandangan haramnya ucapan atas perayaan agama lain, sekalipun ianya dianggap "keras" dan "syadid" buat masakini, ianya tidak mungkin memadamkan bahawa ianya ijmak di zaman lampau yang merupakan zaman keemasan bagi umat Islam.

Semoga Allah teguhkan kita semua atas jalan hidayah dan memberikan hidayah buat sahabat Non Muslim kita yang masih tidak memperolehi nikmat hidayahNya.

Semoga Allah mengangkat kembali kemuliaan umat ini ke tempatnya sepertimana zaman lampau.

Tidak bersetuju bukan menafikan penghormatan dan keilmuan para ulama yang lebih berjasa dan lebih memberi manfaat ilmunya kepada masyarakat.

Utamakan isu akidah berbanding isu fiqh.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments