Menjadi Manusia Yang Bermanfaat Bagi Manusia Lain

 OLEH: Abu Aqif

Dari Ibnu Umar, Nabi ﷺ bersabda,


أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

"Manusia yang PALING DICINTAI OLEH ALLAH adalah yang PALING MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA lain.

Adapun AMALAN YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH adalah membuat Muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya.


Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang Muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beriktikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama sebulan penuh." [HR. Thabrani di dalam Al Mu'jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan, Shahih Al Jaami' no. 176].


Jadilah manusia yang menyenangkan manusia lain. Jika susah sangat nak jadi manusia begitu, janganlah jadi manusia yang menyusahkan.

Tanpa sedar, jadi manusia yang tak menyusahkan itupun dah termasuk jadi manusia yang bermanfaat.

Allahua'lam.


Nota:

1. Solat di Masjid Nabawi 1000 kali ganda lebih baik dari solat di masjid lain di seluruh dunia.


2. Solat di Masjidil Haram 100,000 kali ganda lebih baik dari solat di masjid lain di seluruh dunia.


Nabi ﷺ bersabda:

صَلاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاةٌ فِي ذَلِك أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ صَلاةٍ فِي هَذَا يَعْنِي فِي مَسْجِد الْمَدِينَة 

Solat dimasjidku ini lebih baik dari 1000 solat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram. Dan solat di masjid itu (Masjidil Haram) lebih baik dari 100 solat di masjid ini (Masjid Nabawi). [HR. Al-Bukhari dan Muslim].


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments