OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Berikut merupakan beberapa nama tokoh ulama atau nama-nama kitab, individu, yang ramai tersilap dalam menyebutkannya sama ada melalui sebutan atau tulisan.
Rakan-rakan boleh menambah di ruangan komen jika ada maklumat tambahan.
1- Nama salah seorang penulis kitab Al-Fiqh Al-Manhaji iaitu Al-Syeikh Mustafa Al-Khan. Ramai yang menyebutnya sebagai Mustafa Al-Khin.
Semasa di Jordan dahulu, dalam ziarah bertemu dengan Al-‘Allฤmah Al-Syeikh Dr. Mustafa Al-Bugha, saya ada bertanyakan yang manakah betul antara Al-Khan dan Al Khin. Beliau jawab :
“Al-Khan. Sebuah kabilah yang masyhur di Syria”.
2- Sebutan nama Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Yang tepatnya sama ada dua yang berikut :
• Ibn Al-Qayyim
• Ibn Qayyim Al-Jauziyyah.
Maka tak tepat kalau disebut Ibn Qayyim sahaja atau Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah.
3- Begitu juga ada yang sebut Ibn Al Qayyim Al-Jauzi. Ada yang menyangka bahawa ia individu yang sama dengan Ibn Al-Jauzi. Sedangkan keduanya adalah individu berbeza.
Ibn Al-Jauzi lebih awal dan wafat pada tahun 597 h. Penulis kitab-kitab tersohor seperti Al-Maudhu’at, Bahr Al-Dumu’, Soid Al-Khฤthir, Talbis Iblis, dll.
Manakala Ibn Al-Qayyim pula wafat pada 751 h. Juga penulis kitab-kitab tersohor seperti Zฤd Al-Ma’ad, Al-Rลซh, Al-Dฤ’ wa Al-Dawฤ’ atau nama lainnya Al-Jawab Al-Kafi li man Sa’ala ‘an Dawฤ’ Al-Syฤfi, dll.
4- Adapun berkenaan Al-Imam Al-Ghazali, manakah yang lebih tepat antara sebutan Al-Ghazali atau Al-Ghazzali, saya tidak pasti yang mana lebih tepat. Setahu saya keduanya boleh digunakan. Bergantung kepada nisbah yang berbeza.
Saya pernah baca - namun saya lupa di mana - bahawa beliau sendiri mengatakan namanya adalah dengan ุชุฎููู ุงูุฒุงู iaitu huruf ุฒ diringankan bererti tanpa tasydid menjadi : Al-Ghazali.
Namun, di sisi Ibn Khallikฤn yang lebih tepat adalah sebutan Al-Ghazzali. Wallahu A’lam.
5- Ibn Khallikฤn (ุฎََِّููุงู) di atas juga saya pernah temui ada yang menyebutkannya dengan Ibn Khillikฤn. Sedang yang lebih tepat adalah apa yang saya kongsikan. Penulis kitab yang masyhur Wafayฤt Al-A’yฤn.
6- Begitu juga penulis kitab Syazarฤt Al-Zahab fฤซ Akhbฤr man Zahab, iaitu Ibn Al-‘Imฤd Al-Hanbali. Saya sendiri dahulu - sesiapa yang membaca penulisan saya pada 2011 dan 2012 pasti menyedari - menyebutkannya sebagai Ibn Al-‘Ammฤd Al-Hanbali. Sedang yang tepat adalah Ibn Al-‘Imad.
7- Berkenaan sebuah kitab karangan Ibn Al-Qayyim, iaitu ุฌَูุงุก ุงูุฃููุงู saya tidak pasti yang manakah lebih tepat, samada huruf ุฌ (jim) di situ baris atas atau baris bawah menjadi ุฌِูุงุก
Kerana kitab tersebut edisi tahqฤซq guru kami Al-Syeikh Abu Ubaidah Masyhลซr bin Hasan ฤlu Salman - ุญูุธู ุงููู ูุฑุนุงู - ia disebut dengan baris atas iaitu Jalฤ’. Manakala dalam kitab Al-Qaul Al-Badฤซ’ oleh Al-Hafiz Al-Sakhawi yang ditahqiq oleh Al-‘Allamah Al-Syeikh Muhammad ‘Awwฤmah, beliau mengatakannya sebagai Jilฤ’. Wallahu A’lam.
8- Begitu juga dengan seorang tokoh besar iaitu Abu Tฤhir Al-Silafi. Oleh kerana dalam bahasa arab ditulis ุงูุณููู, ramai saya perhatikan membacanya dengan Al-Salafi. Sedang yang tepatnya adalah Al-Silafi.
Al-Zahabi mengulas panjang lebar berkenaan sebutan Al-Silafi, Al-Salafi, Al-Sulafi, serta Al-Silfi (bukan Al-Selfie ๐), dalam Al-Siyar (5/21).
9- Begitu juga Al-Zirikli penulis kitab Al-A’lฤm. Ada yang menyebutnya sebagai Al-Zarkali sedang yang tepat adalah apa yang telah saya kongsikan.
10- Satu lagi yang masyhur adalah Al-Imam Al-Tabarฤni. Saya sendiri awalnya menyebut Al-Tabrani. Kemudian setelah saya bertanya kepada dua guru saya yang mulia keduanya mengatakan yang tepat adalah Al-Tabarฤni.
11- Satu lagi adalah pemilik Sunan yang masyhur iaitu Al-Imam Al-Dฤraqutni (ุงูุฏَّุงุฑَُูุทِْูู) Ada yang menyebut Al Daruqutni, sedang ia adalah Al Daraqutni nisbah kepada tempat kelahiran beliau Dฤr Al-Qutn di Baghdฤd.
12- Tambahan juga kepada penulis beberapa Hasyiah ke atas kitab-kitab Hadis seperti Sahih Muslim dan Musnad Al Imam Ahmad, iaitu Al-Sindi (ุงูุณูุฏู)
Saya lihat tidak kurang jua yang menyebutnya Al-Sanadi. Sedang yang tepat adalah Al-Sindi.
13- Uwais Al-Qarani. Selalu kita dengar ia disebut sebagai Uwais Al-Qarni. Sedangkan kalau diikut kepada lafaz hadis, Rasulullah S.A.W bersabda :
َูุฃْุชِู ุนََُْูููู ْ ุฃَُْููุณُ ุจُْู ุนَุงู ِุฑٍ ู َุนَ ุฃَู ْุฏَุงุฏِ ุฃَِْูู ุงَْููู َِู ู ِْู ู ُุฑَุงุฏٍ ุซُู َّ ู ِْู َูุฑٍَู
Riwayat Muslim (2542)
Juga kata-kata Al Imam Al Nawawi :
َูุฃََّู ุฃَُْููุณًุง ู َْูุณُูุจٌ ุฅَِูู َูุจَِููุฉٍ ู َุนْุฑَُููุฉٍ َُููุงُู َُููู ْ ุจَُูู َูุฑٍَู
Sesungguhnya Uwais dinisbahkan kepada kabilah yang terkenal yang disebut sebagai Bani Qaran.
Rujuk Syarah Al Nawawi ‘Ala Muslim (8/81)
14- Al-Imฤm Al-Munฤwi. Penulis kitab Faidh Al-Qadir.
Semasa saya belajar dahulu, saya ditegur oleh guru saya Prof. Dr. Ali Ajeen - hafizahullah - apabila membaca ุงูู ูุงูู dengan sebutan Al-Manฤwi. Lalu beliau betulkan dengan katanya : Al-Munฤwi.
Ia nisbah kepada nama keluarga Al-Mun-yah (ุงูู ููุฉ) bani al-khasib (ุงูุฎุตูุจ).
15- Musaylimah (ู ุณِููู ุฉ) Al-Kazzฤb adalah sebutan yang tepat dan tidak Musailamah seperti yang selalu didengari.
Cara untuk kita mengetahui sebutan-sebutan yang tepat ini adalah dengan merujuk kepada kitab-kitab yang menceritakan tentang biografi setiap tokoh ini, khususnya berkenaan Al-Ansฤb untuk kita melihat nisbah kepada apa, atau boleh juga rujuk kepada muqaddimah oleh muhaqqiq terhadap penulis-penulis kitab, serta merujuk kepada syarahan ulama yang diyakini penguasaan bahasa arabnya melalui ceramah-ceramah mereka di FB Live, YouTube, atau pelbagai saluran lain.
ูุงููู ุงูู ููู
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment