OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Ideologi Nur Muhammad adalah ajaran palsu dan syirik. mempunyai banyak versi.
Kepercayaan batil Nur Muhammad yang diambil dari Barzanji ialah tentang perpindahan roh (reincarnation) sebagaimana yang tercatat dalam syair tersebut:
“Dan lagi aku memohon kepada-Nya moga moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lain. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang moyang Nabi ﷺ yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya.”
(Terjemahan Maulid Barzanji Daiba´i)
.
Kepercayaan Nur Muhammad ada persamaannya dengan kepercayan Majusi yang disebut “Kitaran Hayat.” Keyakinan ini amat bertentangan dengan Akidah Ahl Sunnah wa al Jamaah . Konsep perpindahan roh “Kitaran Roh” (tanasukh al-arwah) tidak terdapat dalam agama Islam tetapi dikenal pasti sebagai kepercayaan di dalam agama Hinduism, Buddhism dan lain-lain.
Dalam iktikad Ahli Sunnah yang berpegang dengan manhaj Salaf as Shalih, persoalan roh hanya diserahkan kepada ALLAH ﷻ kerana hanya DIA sahaja yang mengetahui tentang roh, sedangkan manusia diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangnya.
(وَیَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّی وَمَاۤ أُوتِیتُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ إِلَّا قَلِیلࣰا)
[Surah Al-Isra' 85]
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah! Roh itu termasuk urusan ALLAH ku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.”
Oleh itu kita semua tidak boleh memperkatakannya kecuali setelah diberitahu atau dikhabarkan oleh ALLAH. Dan roh menurut perkhabaran dari al-Quran ia ditempatkan oleh ALLAH di alamnya sendiri iaitu di alam barzakh seperti dalam firmanNya:
( ... وَمِن وَرَاۤىِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ)
[Surah Al-Mu'minun 100]
“ Di hadapan mereka (roh orang mati) ada dinding (tembok) sampai mereka dibangkitkan.”
(Bid´ah Menurut Ahli Sunnah wa al-Jama´ah)
Antara kebatilan karut fahaman Nur Muhammad ialah kepercayaan bahawa makhluk pertama yang dicipta ALLAH adalah `Nur´ sedangkan nabi SAW berkata bahawa ciptaan terawal ALLAH ﷻ adalah`Arasy dan air, arasy itu makhluk yang terbesar dan tertinggi dari sekalian makhluk. begitu juga air. Kemudian qalam yang menulis taqdir seluruh makhluk-Nya
Antara kebatilan kitab Barzanji ialah para nabi diciptakan dari Nur Muhammad. Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ mengakui bahawa dirinya adalah manusia biasa dan juga dalam firman ALLAH: (QS. Al-Kahfi 18:110)
Dalam agama Nur Muhammad, alam ini dicipta kerana Muhammad.
Sedangkan Allah menyebut bahawa alam ( jin dan manusia) ini dicipta untuk beribadah kepada Allah SWT
Dalam agama kafir Nur Muhammad, ada kepercayaan bhw nabi Muhammad SAW dicipta dari Nur Muhammad, bukan hasil perkahwinan Abdullah dan āminah. Ini khurafat dan kepercayaan kufr
Antara Bahaya, kekarutan dan kesyirikan zikir munajat hasbi Rabbi jallallah , ma di qalbī ghayrullah, Nur Muhammad sallallaah....
👎🏿
Yakni
Allah itu Nur Muhammad, Nur Muhammad itulah Muhammad, Muhammad itulah Allah dan Allah itu Muhammad.
Subhnallah.
Tidak berguna la ilaha illā Allāh, sekiranya dibatalkan oleh syirik akbar, itu kesaksian dusta, ucapan dusta
Nur Muhammad wahdatul wujud ini adalah seburuk-buruk syirik.
Ayat
نور محمد صلى الله
Cahaya Muhammad Allah berselawat.
Ini syirik akbar, batil, dan karut.
صلى الله ayat kabur dan tergantung
Ini ayat dari iblis, syirk akbar dan kufr riddah yang mengeluarkan dari islam.
Awas talbis iblis (tipu daya iblis) !
Comments
Post a Comment