Hati-Hati Dengan Capal!

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Hati-hatilah berkenaan isu capal ini. Takut terjatuh dalam syirik.

Ingat ya, Kristian tidak sembah lambang salib tersebut kerana ia lambang salib. Begitu juga agama-agama yang lain termasuklah agama yang menyembah berhala.

Asal mereka sembah berhala tersebut, untuk motivasi beribadah sahaja. Sebab mereka tidak bodoh, yang berhala tersebut tidak bernyawa, tidak boleh makan dan minum. Apatah lagi memberi makan, minum dan menunaikan hajat.

Abu Jahal, Abu Lahab dan para musyrikin Mekah bukanlah golongan yang bodoh. Jikalau mereka bodoh, nescaya mereka tidak boleh membina satu empayar perniagaan di tengah kota Mekah yang tandus.

Mereka yakin bahawa berhala yang disembah hanyalah wasilah perantara. Berhala tersebut boleh bertukar kepada kubur, gambar tok guru, capal nabi dll. 

Cuba tanya pihak Kristian, kenapa mereka sembah salib dan patung dalam gereja?

Tanya pihak Buddha kenapa sembah patung didalam kuil mereka?

Jadi, sebagai seorang muslim yang kita telah meyakini bahawa tiada sembahan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah, maka berhati-hatilah dengan lambang-lambang pemujaan dan pengkultusan sebegini.

Apatah lagi jikalau sehingga sujud kepada lambang tersebut.

Allahul mustaan....

Sesiapa yang tidak mengenali apa itu syirik.

Boleh rujuk Kitab Tauhid karya Syeikh Muhammad Abd Wahab at-Tamimi Rahimahullah Taala.

Beliau menyusun bab akidah ini berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments