Ringkas Tentang Azan Ketika Berlaku Kebakaran

 OLEH: Abu Aqif


رُوِيَ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا رَأَيْتُمُ الحَرِيْقَ فَكَبِّرُوْا، فَإِنَّ التَّكْبِيْرَ يُطْفِئُهُ

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al-Ash رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

"Jika kalian melihat kebakaran maka bertakbirlah, kerana sesungguhnya takbir akan memadamkannya."


Maksud takbir di sini adalah ucapan الله أكبر (Allahu Akbar / Allah Maha Besar), bukannya melaungkan Azan.

Pun begitu hadis ini dinilai SANGAT LEMAH bahkan PALSU kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama al-Qasim bin Abdillah bin Umar al-Umari.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments