OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
Seorang ustaz mencela Universiti ini kononnya ia mengajar para pelajarnya akidah sesat sehingga menjadi ekstrem mengkafirkan ibu bapa mereka.
Subhanallah, ini dusta dan bohong.
Universiti ini sudah lama ditubuhkan, berapa ramai pelajarnya yang jadi begitu? Di Malaysia ada? Tunjukkan di mana jika anda berkata benar. Jawapannya tidak ada.
Ia hanyalah sangkaan buruk ustaz tersebut akibat permusuhan dan kebenciannya terhadap mereka yang mengajak umat Islam kembali menghayati Sunah Nabi ﷺ seperti mana yang baginda ajarkan serta mengikut apa yang diamalkan oleh para Sahabatnya.
Bagaimana pula dengan Universiti Islam Qom di Iran, yang mengajar akidah sesat Syiah mencela dan mengkafirkan para Sahabat dan isteri Nabi ﷺ?
Bagaimana pula dengan pusat-pusat pengajian Islam di Hadhramaut, Yaman yang antara amalan mereka di sana memuja dan mengkeramatkan kubur?
CATATAN:
Ustaz Nuruddin al-Banjari mengkafirkan Wahabi / Salafi?
Sebenarnya siapa yang ekstrem??
Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment