Untuk Selamat Dari Syirik Hendaklah Mengetahui Semua Jenis Syirik

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Untuk selamat dari syirik hendaklah mengetahui semua jenis syirik agar dapat menjauhinya. 

Antara shirk akbar (syirik besar) yang membatalkan Islam dan segala amal salih serta menyebabkan kekal dalam Api Neraka Jahannam ialah;


1.Syirik al-Du’a', 

Syirik du’a’ adalah dua jenis. 

Pertama, al-Shirk fi al-‘ibadah iaitu beribadah untuk selain Allah, (al-‘ibadah li ghayr Allah atau sorf al-‘ibadah li ghayrillah) seperti bersolat untuk selain Allah, sujud dan rukuk kepada selain Allah, haji dan umrah untuk selain Allah, bernazar kepada selain Allah, menyembelih kerana selain Allah seperti menyembelih kerana wali tertentu atau untuk jin. 

Kedua, shirk al-mas’alah iaitu berdoa memohon pertolongan kepada selain Allah, seperti meminta rezeki, anak, perlindungan, keselamatan, hidayah atau kesembuhan penyakit atau keampunan dosa atau syurga dari nabi-nabi, wali-wali, malaikat, orang salih, orang alim, kubur-kubur atau dukun. (al-‘Ankabut: 65).  


Allah berfirman,

وَلَا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ، فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah, meminta atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau melakukan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari kalangan orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).” (Surah Yunus: ayat 106). 

Al-zalimin di sini bermakna al-mushrikin. 


Sesiapa berdoa kepada selain Allah maka ia kafir musyrik murtad walau ia seorang ahli ibadah. Nabi saw bersabda, 

من مات وهو يدعو من دون الله ندا دخل النار

“Sesiapa yang mati dan dia berdoa meminta dari selain Allah, ia masuk Api Neraka.” (HR al-Bukhari). 

.

Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,


من لقي الله لا يشرك به شيئا دَخَلَ الجنةَ ، ومَنْ لَقِيَهُ يشرك به شيئا دخل النارَ

“Sesiapa yang menemui Allah  dalam keadaan tidak berbuat syirik kepadaNya dengan sesuatu pun, pasti ia masuk syurga, dan siapa yang menemuiNya (di akhirat kelak) dalam keadaan mensyirikkanNYA dengan sesuatu, pasti ia masuk neraka.” 

(HR Muslim). 


Allah berfirman, “Pada Hari Qiyamat mereka semua akan mengkafirkan kesyirikan kamu,…” (Fatir: 13-14).

.

Allah berfirman, 


فَلَا تَدْعُ مَعَ اللهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُوْنَ مِنَ الْمُعَذَّبِيْنَ [الشعراء: 213]

“Maka jangan kamu menyembah (memohon, memuja) bersama Allah tuhan yang lain nanti kamu termasuk orang-orang yang diazab (dalam Jahannam).” (al-Shu’araa’: ayat 213).


Atau menyembah (atau memohon) dari bulan, matahari, lembu, patung, kubur, berhala, malaikat dan lain-lain. Sama ada meminta dari benda-benda itu atau menjadikannya perantaraan. Ini semua adalah termasuk syirik akbar yang menyebabkan pelakunya menjadi kafir murtad.

Sesiapa yang bersolat, berdoa, puasa, zakat dan haji kepada Allah kemudian ia berdoa kepada nabi atau malaikat atau wali, maka ia kafir musyrik terkeluar dari islam. 

.



2.Syirk al-Niyyah wa al-Qasd. 

Termasuk syirik akbar yang membatalkan keislaman ialah syirik dalam niat, iradat dan qasd (tujuan). (Hud: 15-16). 

شرك النية وإرادة القصد: هو أن ينوي ويريد ويقصد العبد بعمله جملةً وتفصيلاً غير الله، وهو شرك في الاعتقاد؛
Syirik niat dan tujuan : (adalah syirik akbar) iaitu seseorang itu berniat dan mahu dari amal salihnya akan selain Allah secara total. Ini termasuk syirik dalam i’tiqad yang mengeluarkan dari Islam.
ini Berdasarkan firman Allah,

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ * أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ{ [هود: 15، 16].
“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. (15).

Mereka itulah orang-orang yang tidak mem¬perolehi di akhirat kecuali Api Neraka, dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (16). 
(Hud: 15-16)
.
Sehubungan ayat ini al-‘Awfi telah meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, bahawa sesungguhnya orang-orang yang suka riya' (mahu dilihat amalnya), maka pahala mereka diberikan di dunia ini. Demikian itu kerana mereka tidak dianiaya sedikit pun.
.
Ibnu ‘Abbas mengatakan, "Sesiapa yang beramal saleh untuk mencari keduniaan, seperti melakukan puasa, atau solat, atau bertahajjud di malam hari, yang semuanya itu ia kerjakan hanya semata-mata untuk mencari keduniaan, maka Allah berfirman, “Aku akan memenuhi apa yang dicarinya di dunia, ini sebagai pembalasannya, sedangkan amalnya yang ia kerjakan untuk mencari keduniaan itu digugurkan, dan dia di akhirat nanti termasuk orang-orang yang merugi.” 

Ini juga diriwayatkan dari Mujahid, Ad-Dahhak, dan lain-lain.
Anas ibnu Malik dan al-Hasan mengatakan bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mujahid dan lain-lain mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang yang suka riya’. 

Qatadah mengatakan, "Barang siapa yang dunia merupakan niat, dambaan, dan buruannya, maka Allah membalas kebaikannya di dunia ini. Dan bila ia datang ke akhirat, maka ia tidak lagi memiliki pahala amal kebaikan yang akan diberikan kepadanya. Adapun orang mukmin, maka amal kebaikannya dibalas di dunia ini, dan kelak di akhirat dia mendapat pahala dari amalnya itu." 
.
Dalam hadis yang marfu’ telah disebutkan hal yang semisal dengan ini.
Allah Swt. telah berfirman:

{مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا كُلا نُمِدُّ هَؤُلاءِ وَهَؤُلاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا انْظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلا}
“Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan bahagiannya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (18). 

Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibatasi dengan baik (19).

Kepada masing-masing golongan, sama ada golongan ini mahupun golongan itu, KAMI berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. (20). Perhatikanlah bagaimana Kami lebih¬kan sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatannya dan lebih besar keutamaannya.” (21). (Al-Isra’: 18-21)
.
Firman Allah, 
{مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نزدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ}
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya; dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Al-Shura: 20)

Termasuk syirik akbar ialah syirik dalam niat, iradat dan qasd (tujuan). (Hud: 15-16). 


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments