Asas Law of Attraction: Manusia Ialah Tuhan?

 OLEH: Ustaz Suhili Nain




Hari ini saya bawa paparan daripada buku The Secret oleh Rhonda Byrne. Perhatikan pada halaman 164, mengenai kefahaman ajaran Law of Attraction mengenai manusia.

Mereka mendakwa bahawa manusia adalah manifestasi tuhan dengan kesempurnaan. Manusia adalah tuhan dalam bentuk fizikal. Manusia mempunyai potensi ketuhanan dan kuasa mencipta dunianya sendiri. 

Jelas ini adalah kekufuran dan kesesatan. Terdapat dalam halaman lain, Rhonda Byrne terang-terangan mendakwa manusia adalah pencipta takdir dirinya dan seluruh alam ini.

Kemudian, dengan asas ini, mereka menunggang Fizik Kuantum, untuk mendakwa bahawa akidah mereka itu selaras dengan sains. Sedangkan hakikatnya, Law of Attraction adalah satu pseudosains. 
Lalu, datang pula orang Islam yang jahil membawa masuk Law of Attraction, mereka dakwa, Law of Attraction sebagai hukum alam ciptaan Allah SWT, mereka meletakkan fungsi akal yang batil kepada manusia, bahawa akal mempunyai kuasa. Secara jahil, mereka juga mengubah konsep akidah, doa dan adab dalam Islam agar selaras dengan Law of Attraction. 

Sekiranya ada orang Islam setuju dengan Law of Attraction ini, sama ada dia jahil tentang hakikat Law of Attraction, ataupun dia jahil dalam memahami Al-Quran dan hadis. Berkemungkinan besar juga dia seorang yang berakidah sesat Batiniyyah.

[Gerakan PENA Malaysia]
.


Comments