Chakra Dalam Islam?

 OLEH: Ustaz Suhili Nain


Islam adalah agama yang telah sempurna. Mengapa kita perlu bawa ajaran kerohanian (spiritual) agama lain, kemudian Islamkan?

Segala kefahaman berkenaan chakra, aura, orgone, kuasa minda, mata ketiga, astral projection, itu semua semua adalah ajaran spiritual agama lain.

Membawa masuk ajaran-ajaran tersebut ke dalam Islam, cuba Islamkan akan merosakkan struktur akidah, ibadah dan akhlak dalam Islam. 

Ia akan menjurus kepada liberalisme dan pluralisme agama. 

Adakah kita lebih suka dan meyakini ajaran spiritual agama lain, berbanding Islam? Jika ya, semak semula akidah kita, takut-takut tergadai akidah tanpa sedar.


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments